years of experience! (:

Daisypath Anniversary tickers

24 August 2013

Pesan utk nurhamizah

Mungkin pada org lain
Tidak punya makna
Namun hari ini
Punya makna tersendiri
Buat seorang Nurhamizah Hamzah.

Gembira.
Itu yg patut dirasakan oleh seorang Nurhamizah
Namun malangnya itu tidak berlaku
Di mana silapnya entah
Segalanya serba tidak kena.

Adakah dia sedih? Tidak.
Namun apabila kedengaran lagu
Melodi yg sedih
Sebaknya tidak semena mena.
Empangan air matanya mula pecah.
Cuba berlagak tabah katanya.
Siapa yg tau isi hatinya.
Dia juga keliru dengan dirinya sendiri.

Adakah dia gembira? Tidak juga.
Memulakan hari yg sepatutnya istimewa
Tanpa rasa yang ekstrim
Sebaliknya mendatar
Seperti org yg tidak punya turun naik dalam hidupnya

Adakah dia sunyi? Mungkin.
Mungkinkah dia berkecil hati? Mungkin.
Tetapi dengan siapa? Dia pun tidak tahu.
Dia tak mahu fikirkan semua itu.
Biarlah dia yg menanggung rasa
Biarlah cuma dia dan sang Pencipta berkongsi rahsia itu .

Tapi
Dia bersyukur
Kerana diberi peluang
Merasai peluang hidup
Selama 20 tahun
Merasai pengalaman sebagai khalifah
Di alam sementara yg penuh dengan noda
Yang penuh dengan kepura-puraan.
Dia berharap dia tidak akan hanyut
Hanyut dalam arus kemewahan yg melaghakan

Dia akan berusaha
Akan cuba menjadi manusia yg patuh pada agama
Berbuat baik kepada
Ibu bapa keluarga dan masyarakat
InshaAllah,
Itulah doa yg dititipkan di bibirnya setiap hari
Setiap kali dia menghadap sang pencintanya.

Kali ini
Tangisannya bukan tangisan yg menyakitkan
Tetapi
Tangisan kegembiraan
Kerana
Dia bakal berdepan dengan fasa yg baru dalam hidupnya.
Dia cuba utk menghadapinya dengan kegembiraan.
InshaAllah :)

Buat Nurhamizah Hamzah yg disayangi,
Selamat hari lahir yg ke-20 ku ucapkan buatmu.
Semoga kau bakal mendapat apa yg kau inginkan
Pastikan kau juga berusaha untuknya
Jangan kau tercongok berdiri tegak dan menanti ia sampai kepadamu
Kerana tanpa usaha, ia tetap ada di situ
Melainkan kau yg berusaha utk mndapatkannya
Aku yakin kau boleh!

                                      salam sayang ,
                                       NURHAMIZAH HAMZAH

09 June 2013

sebiru hari ini

assalamualaikum.. gile lama dah tak update bloggg. miza rindu kat korang semuaaa. actually just nk ckap pasal family visit during study week...
ohho. permulaan sem pun tak sempat nk update. hahahahahaha. sibuk nk update pasal hujung sem...
okaylaaa. family miza datang semalam. hikhik. rezeki alhamdulillah yg kat kuaz kedai tak byk bukak, tp mak dtg bwk mknn. weeee. hikhik
gembiraaaaa. :)
datang brsama 3 org budak comel. anak makcik miza skali datang sini. diorang bru first time dtg sini kot. hiihi. kalau family dtg um. konfirm2 wajib beli mknn western. katenya murah dan sedap. hooho. tapi miza ttp mendahagakan masakan mak. hahaha.
apa2pun rezeki lagi bile ayah dtg bwk phone abg utk diberi kepada mizaaa. okay alhamdulillah lagi. :) hikhik. hepy2 jgak dpt phone, bahiyah pesan kat miza, itu ujian jgk kat miza. yelaaaa, miza ni bkl nk hadap kertas periksaaaa. thanks bqya atas nasihat berguna itu kawannnn.
sedar tak sedar esok dah nak exam dahhh. hikhik. okayyy. wish me luck ye kawan kawan. semoga kita semua selamat dan dapat menjawab soalan dgn baik dan tenang. inshaAllah.
kawan2 diploma selamat menjalani semester baruuu. hikhik. semoga niat kita untuk mencapai kejayaan sentiasa diredhai Allah. inshaAllah. okayylahhh. sampai sini shaja episod tulisan miza kali ini..
wish me luck tauuu. lepas exam miza nak cite puas2 pasal ape yg miza tempuh kat um sepanjang 2 sem ni. jgn lupe Janji kitee. hikhik. haha. sape2 yg pernah terlibat ngan miza 2 sem ni. habislaa korang. hehehehehe.
okaylaaaaa, ini betul2 punye bye2.... assalamualaikum semua ! ;)
*menulis dari blogger application for phone*
weeee, seronok nyaaaa. lagi senang nk update blog cenggini :)

14 February 2013

Kelabu - Nadia Khan

Assalamualaikum :) 

Lame eh tak update blog ni. hehehe. 
rindu. hahaa. sebenarnya dah lama sangat nak update pasal ni, tapi cam tak berpeluang sangat nak update. jadi inilah masanya. 

sekarang, miza cam tertarik dengan buku buku keluaran FIXI :) 
bukan tertarik dah, mmg minat betul lahhh. 
dulu, asik dok dengar orang cakap cakap je kan, 
akhirnya berjaya jugak buku FIXI dimiliki. :) 

First novel yg dibeli : 

KELABU - Nadia Khan 
Baca sinopsis memula. macam menarik. :) 
terus beli. 
boyfriend 'kontrak'.
menarik tuuu. 
mendedahkan Amir sebagai tunjang utama,
watak yang didedahkan yg ditulis di bahagian belakang novel ni. 
Shah dan Jun juga memegang watak yg penting dalam novel ni. 
ade watak Abah, Mama, Tuk Wan, dan sebagainya. 
tak ingat sangat watak yang lain. dah nak sebulan kot. hahahaha. 



Well, cerita ni best. walaupun nampak cam biasa, tapi ia ada tarikan tersendiri.
Mengisahkan bagaimana kehidupan seorang freelance photographer di kota metropolitan yang penuh dengan ragam dan karenah sosial setempat. Gaya hidup golongan elit banyak diceritakan di sini. tapi, ada jugak ada diselitkan sedikit latar belakang masyarakat kampung yang menjalani kehidupan yang sederhana, lepas dari hiruk pikuk kota yang menyesakkan nafas. 

Tapi, ada bahagian apabila miza baca, terasa tertipu dengan cerita ni. Seriously, this is the first time that i've been fooled by a book! i mean it in a good way. Suka macam mana penulis boleh membuatkan miza rasa camni. ternyata penulis Nadia Khan bijak ! :) 

Overall, miza bagi 4.5 out of 5. hehehe. geram jugak sbb konfius whether she ended up with Shah or the other guy (tak ingat pulak nama dia). itu jelahh. sampai sekarang masih berteka teki siapakah lelaki itu. 
Papepun, ini mmg TERBAIK! :) 


Ape lagi, moh lah kite serbu kedai buku dan beli buku dari FIXI ni. 
serious tak rugi aihhhh. 
Anda semua boleh dapatkan KELABU dengan hanya RM 24.90 :) 

Mungkin akan bercerita tentang Sumbat mungkin? :) 

Till then, Assalamualaikum semua :) 

P/S : Islam melarang menyambut Valentine's Day. Jadi, kepada muslim, tak payah menggatai sangat eh nak sambut. tak membawa faedah pun. boleh merosakkan iman dan membawa kepada murka Allah. 

20 January 2013

Pengakhiran Semester 1 :)


Assalamualaikum :)

apa khabar semua ?
 harap harap sehatlah ye semua :) hehehe. 
okaylahh, actually nak cite sikit lahh. ape yg miza dan kawan kawan miza buat lepas dah abes exam. 
dahlah paper last killer subject wooo. 
Programming tau. sedar tak sedar, dah 3 tahun lebih miza in relationship with Programming.
 kemain kan, pandai nye idok jugakkk . :P hehehehe. 

pegi Taman Jaya je punnn. tak jauh pun. naik LRT kat Stesen U je. pegi kat Lane Kelana Jaya. Kat situ ada Amcorp Mall. hohohoho. 

nak tau kitorang wat ape, hurmmmm. 
g makan je punn. bosang bosang kan.
carik carik tmpat semua cam tak seronok. 
So, last last decide makan A&W je. 


heart you guys always :) 
ohhh, and ada birthday kawan miza yang sorang ni :3 
Lili, birthday die hari ni, so Lilililili, harap harap hang baca eh post blog saya yang tak seberapa ni.

Lili Farah Hani, 
selamat ulang tahun yang ke - 20 ; 
dah besar dah ye awak ye. 
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki sentiasa insyaAllah :) 
Good luck in everything you do , and wish you happy always. 
Have a blast on your birthday todayyyy :)  
Hope that our friendship will never die :3 



kirenye kitorang keluar alang alang celebrate birthday die lah ni. hahaha. 
last minute preparation surprise. Syeralah ni. bagitau lambat sangat . hohoho.
masa ni 15 haribulan kot. gile semangat nak sambut kan ? 
yelaaa. kitorang takut tak sempat nak jumpa je. sbb masing2 dah dok sibuk terpikir rumah masing2 time ni. XD

Rasenye itu je kot. 
k Lili. enjoy your day. 
to my loyal readers, thanks for reading. 


P/S : Encik Nizam, saya nak tanya , kenapa saya tak boleh komen blog awak ye ? Ish, asik awak je komen blog saya. jeles jeles ni ==" 

*nampak sangat statement ni takde kaitan, tapi dah lama dah ada dalam benak fikiran miza ni. eceh, ayat nak drama je. tuih*

okay. ini betul betul . 
tata semuaaaa :) 
 Till then, Assalamualaikum :)

18 January 2013

Persediaan mental dan rohani.


Assalamualaikum :) 

Alhamdulillah. dah masuk 7 Rabiul Awal 1434H. Maghrib semalam, 6 Rabiul Awal 1434H, miza dah pun mencapai umur 20 tahun. ikut kalendar Hijrah lah. kalau ikut Masihi, saya masih muda lagi :P okay . dah start perasan dah minah sorang ni. :P haahaha.

Alhamdulillah, dah 20 tahun bernafas di muka bumi ini. masih lagi diberi kesempatan untuk hidup dan menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah. 

Minggu peperiksaan dah pun tamat. Selasa lepas. tapi miza tinggal di KUAZ. kononnya nak keluar dengan senior. tapi sehari duduk kat sane, dah betah. kebosanan melanda. itulah manusia. tidak pernah puas dengan apa yang dinikmatinya. miza putuskan utk balik ari khamis. uishhhh, kemain kan. poyo poyo je.

Hari pertama cuti lepas berjuang abes abesan dalam peperiksaan. Result dah keluar. oh mak aihhh, pedih ulu hati. buat spoil jee laaaa. Semangat pulak datin nak keluarkan result awal awal. Hasilnya, tak memberansangkan tapi miza bersyukur sangat :) Alhamdulillah. At least tak memerlukan miza utk repeat subject itu. 

Memang waktu cuti ni , memang kita kena kuatkan mental dan rohani kita. Bersedia dengan keputusan peperiksaaan yang bakal kita dapat. Lepas kita dah usaha. doa dan tawakkal itu penting. Berdoa supaya kita diberi kejayaan. InsyaAllah. Nanti bila dah dapat , kalau menggembirakan , jangan lupa ucapkan syukur. Kalau kurang , jgn murung. kite kena redha dengan perancanganNya. jangan menyalahkan sesiapa. mungkin bukan rezeki kita utk berjaya. InsyaAllah, mana tau turn kita pulak kan ? :) 

Miza tulis ni utk diri miza jugak. kita boleh saling mengingati kan ? :) hurm, cuti cuti jugak ye kawan kawan degree. jangan lupa utk daftar kursus pulak ye. Macam miza, kene pilih major pulak. eh eh, pening jugaklah kan. doakan miza supaya miza dapat buat keputusan yang betul. InsyaAllah. Still ada masa utk fikirkan semua tu. 

Okaylah. itu je kot. Sampai di sini saja nukilan miza hari ni. eceehhhh, cam skema pulak post kali ni. Serious gitu. dah la tade gambar kan ? bosan jeee. okayylaaaa. 

Last picture for Sem I 2012/2013


Have a happy holiday, everyone! :) 

 Till then, Assalamualaikum :)