years of experience! (:

Daisypath Anniversary tickers

24 August 2013

Pesan utk nurhamizah

Mungkin pada org lain
Tidak punya makna
Namun hari ini
Punya makna tersendiri
Buat seorang Nurhamizah Hamzah.

Gembira.
Itu yg patut dirasakan oleh seorang Nurhamizah
Namun malangnya itu tidak berlaku
Di mana silapnya entah
Segalanya serba tidak kena.

Adakah dia sedih? Tidak.
Namun apabila kedengaran lagu
Melodi yg sedih
Sebaknya tidak semena mena.
Empangan air matanya mula pecah.
Cuba berlagak tabah katanya.
Siapa yg tau isi hatinya.
Dia juga keliru dengan dirinya sendiri.

Adakah dia gembira? Tidak juga.
Memulakan hari yg sepatutnya istimewa
Tanpa rasa yang ekstrim
Sebaliknya mendatar
Seperti org yg tidak punya turun naik dalam hidupnya

Adakah dia sunyi? Mungkin.
Mungkinkah dia berkecil hati? Mungkin.
Tetapi dengan siapa? Dia pun tidak tahu.
Dia tak mahu fikirkan semua itu.
Biarlah dia yg menanggung rasa
Biarlah cuma dia dan sang Pencipta berkongsi rahsia itu .

Tapi
Dia bersyukur
Kerana diberi peluang
Merasai peluang hidup
Selama 20 tahun
Merasai pengalaman sebagai khalifah
Di alam sementara yg penuh dengan noda
Yang penuh dengan kepura-puraan.
Dia berharap dia tidak akan hanyut
Hanyut dalam arus kemewahan yg melaghakan

Dia akan berusaha
Akan cuba menjadi manusia yg patuh pada agama
Berbuat baik kepada
Ibu bapa keluarga dan masyarakat
InshaAllah,
Itulah doa yg dititipkan di bibirnya setiap hari
Setiap kali dia menghadap sang pencintanya.

Kali ini
Tangisannya bukan tangisan yg menyakitkan
Tetapi
Tangisan kegembiraan
Kerana
Dia bakal berdepan dengan fasa yg baru dalam hidupnya.
Dia cuba utk menghadapinya dengan kegembiraan.
InshaAllah :)

Buat Nurhamizah Hamzah yg disayangi,
Selamat hari lahir yg ke-20 ku ucapkan buatmu.
Semoga kau bakal mendapat apa yg kau inginkan
Pastikan kau juga berusaha untuknya
Jangan kau tercongok berdiri tegak dan menanti ia sampai kepadamu
Kerana tanpa usaha, ia tetap ada di situ
Melainkan kau yg berusaha utk mndapatkannya
Aku yakin kau boleh!

                                      salam sayang ,
                                       NURHAMIZAH HAMZAH