years of experience! (:

Daisypath Anniversary tickers

Calendar

You might want to check it out ! ^^

29 August 2016

Mijaa The Food Hunter : Eat & Repeat, Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum :) 

Hai semua, lama rasanya tak menulis dalam blog ni. Hihihi,. Okay, hari ni miza nak tulis post pasal makanan. Dah lama rasanya tak post pasal makanan. Sekarang ni miza banyak post pasal foodporn atau foodreview dekat Instagram sebab yelah, pegi makan pun pilih satu menu kan. Hiks. So, lagi better post kat sana, Hehehe, 

Eat & Repeat
Miza pergi restoran ni masa awal bulan 8, masa tu memang baru je sampai Shah Alam dari office. Turun2 je bas, kawan baik miza (Bahiyah) call bagitau nak ajak jumpa. Lepas tu, miza pun tunggulah dia dekat bus stop. 

Well, biasalah kitorang kalau keluar kan, kalau nak cari tempat makan sempat lah pusing roundabout 3 4 kali baru boleh decide haha. Teringin lah nak pegi kedai Eat & Repeat sebab hari tu pergi ngan yang lain tapi tutup lah pulak. Hiks. 

So, akhirnya sampai lah di Eat & Repeat. Hihi. Well, first impression; interior cantik, selesa and sangat menenangkan. Lagu yang dipasang pun lagu2 setaraf cafe-cafe hipster. Pastu tengok menu, semua makanan harganya RM 1,90 je. Disebabkan miza lapar sangat2 tp takut kenyang sangat, jd miza order dalam 5 makanan & 1 air. Bahiyah pulak order 1 makanan, 1 dessert & 1 air. 


Makanan yang diorder
Style makanan dekat sini lebih kurang macam Boat Noodle. Tapi kedai ni ala-ala Boat Noodle versi Melayu. Walaupun miza tak pernah pergi lagi Boat Noodle (hahahaha) Portion makanan die boleh tahan besar jugak. Heeee. Tak sangka besar jugak. 

Mee Hailam
Mee hailam - Kuah mee hailam ni agak cair. Miza lagi suka kalau kuah mee hailam miza pekat sikit . hee. 

Soto
Kuah dia agak berminyak sikit tapi boleh tahan sedap jugaklah. 



Nasi + Ayam cincang
Portion utk nasi ni banyak jugaklah, Hehehe. Yelah, sebab nak merasa yang lain jugak kan. Miza memang share ngan bahiyah masa makan ni. 


Nasi lemak telur dadar

Sambal die sedap tapi telur dadarnya agak masin. Lepas ni harap dapat pertingkatkan lagi. :)  

Laksa asam
Haaaaa. yang ni mmg favourite miza antara makanan2 ni. Kuah die sedap sangat ! Ada rasa ikan dengan kepekatan kuah yang sesuai! ^^ 


Pulut Mangga

Pulut mangga ni Bahiyah yang order, santan tu rasa tawar sikit lah, tapi mangga die sikit jugaklah. Mungkin potongan mangga tu boleh ditambah sikit lagi ke. Hehehe. 



Air mangga





Uihhhh, mula2 ada hati nak beli banyak lagi, tapi bila dah dapat makanan, punyalah susah nak perabihkan. tapi sebab miza memang jenis yang sayangkan makanan, ku abeskan juaaa. Hihi. 

Untuk pengetahuan semua, Eat & Repeat ni dibuka setiap hari pukul 11 pagi - 11 malam. Tapi hari Ahad je dia buka sampai 6 petang. 

Korang boleh pergi kedai ni di alamat YG24, Jalan Plumbum Y7/Y, PUSAT KOMERSIAL SEKSYEN 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia . 

Dari 5, miza bagi 3 bintang! ^^ 




 Till then, Assalamualaikum :)