years of experience! (:

Daisypath Anniversary tickers

15 September 2013

Mungkin.

Mungkin.
Mungkin kita tak sedar
Kita buat orang marah
Kita buat orang sedih
Kita buat orang kecewa
Kita buat orang terasa
Kita buat orang menangis.

Mana mungkin kita sedar
Kita hanya sibuk dengan diri sendiri
Tak pernah fikirkan perasaan orang lain
Tak pernah bertanyakan perihal orang lain
Tak pernah ambil tahu tentang orang lain
Yang kita tahu, cuma tentang diri kita

Mungkin kita tahu
Sifat pentingkan diri itu sangat bahaya
Namun masih lagi yg mengamalkan sikap sebegitu tanpa sedar

Mungkin apa yg kita tak tahu
Hidup sebegitu kelak akan membawa padah
Padah di mana
Di saat kita terkapai kapai
Tidak ada seorang pun yg mahu membantu

Di saat itu mungkin kita akan sedar
Nasi sudah menjadi bubur
Penyesalan sebegitu sudah tidak berguna
Tinggallah kita seorang diri
Mengharung duniawi yg penuh dengan kepalsuan .

10 September 2013

Permulaan baru

Assalamualaikum :)

Hai semua. Diharap semua yang membaca ni sihat senantiasa dan dilindungi di bawah rahmat-Nya. InshaAllah. Rindu. Rindu nak tulis kat sini. Rindu nak share semuanya di sini. Tapi sejak dua menjak ni minat nak menulis cam kurang jeeee. Hehehe. Jangan marah, jangan marah. Nanti kene jual! hehe.

10 September 2013. 2.45 petang.

1. Mood utk menulis blog sudah tiba. 

ya!
mood itu sudah ada. mungkin miza akan cuba untuk mengupdate sekerap yang mungkin. Cuti 3 bulan sudah pun habis. Cuti tu miza peruntukkan untuk menulis fanfic yang miza post di asianfanfics. Mungkin ada yang tak tahu dan ada yang tahu.

Asianfanfics ini adalah satu forum yang dibuat untuk fanfics. fanfics bermaksud fan fiction. Fiksyen yang dibuat oleh peminat. Kebiasaannya artis Kpop menjadi tunjang utama dalam fiksyen-fiksyen ni. Fiksyen di mana artis Kpop menjadi karakter utama. Miza pun tak terlepas dari menulis di sini. Seronok sebenarnya baca fanfics ni. Well, mostly fiction yang ada kat website tu ditulis dalam English. Ada je bahasa lain, melayu dan indonesia pun ada. Tapi prefer baca English punya.

Ada banyak kelebihan jugak sebenarnya baca fanfics ni. Bagi miza, boleh tambah English vocab. Seriously, miza tak tipu tau! Some of the fanfics yg miza baca memang superb! Sbb banyak sangat vocab baru yang miza boleh belajar, amik dan apply dalam daily life.

Selain tu, boleh jugak kembangkan bakat menulis bg sesiapa yang minat menulis. Banyak dah cerita yang miza baca ditulis oleh bebudak bawah umur. like 14 or 15. Tapi mmg hebat jalan cerita ngan plot die. Pengolahan cerita pun bagus jugak. Miza pun memula tekan website tu sesaje je. Nak isi masa lapang ngan membaca. Sekarang ni, miza pun salah seorang yang aktif kat sana.

Kebaikan join forum macam ni boleh kenal orang dari seluruh dunia. Before this, ade join gak forum artis ni. and miza dapat kawan dari Filipina. Sampai sekarang kitorang still keep in touch. Friendship is such a beautiful relationship. From sharing same interest, we develop friendship. This is one of benefit yang seronok. Sekarang, kat asianfanfics ni ada dapat kawan dari, China, India, Singapura, dan macam macam lagi. Best!

Well, cukup kot cerita pasal forum ni. Kalau ada yang berminat nak baca, boleh lah taip www.asianfanfics.com

Sekarang, idea menulis cerita pun dah kering. Miza tulis lah pulak kat dalam blog. Heeeeee :DDDD

2. UPSR

Calon calon UPSR dah selesai hari pertama peperiksaan. Termasuklah adik miza yang sorang ni. my only one lil brother. Nurhamdani Hamzah atau nama comelnya Dani.

Dani & Miza


Dani, adik yang banyak tolong kakaknya. Datang bila dipanggil. Adik yang paling rapat ngan miza kot. Hehehe. Adik yang patuh arahan. Adik yang paling sporting. Adik yang paling miza sayang ~ Heeee :DD

Semalam , call die. Alaaa, rindu betul ! hehe. Wish die good luck utk UPSR. Comel je suara die. Semoga dia dapat jawab soalan dengan tenang inshaAllah. Hee. dah besar dah Dani ni. Rasa macam die kecik lagi. Hahahaha.

Ape2pun, utk semua calon UPSR . Selamat menjalani peperiksaan.. Jawab dengan tenang. Jangan gopoh. Cek balik jawapan lepas dah jawab semua soalan. Heeeeee.

Bittaufiq wannajah adik adik semua!

3. Semester 3, Senior Sudah! 

Heeee. 8 September 2013. Kembali miza ke UM untuk menyambung pelajaran yang sudah masuk tahun 2 semester 3. Ececece, kite dah senior la! Heeeeeeeeee. Rasa tak percaya yang dah jadi senior. Rasa macam still lagi junior. Rasa masih diri ni kerdil dan masih lagi merangkak di bumi Universiti Malaya.

Well, of course. Semester baru, roomate pun baru. Bilik pun baru. Masih lagi menjadi penghuni tegar Ungku Aziz Residental College. Wuuuuu. Roomate bukanlah baru sangat. Sbb kawan2 jugak yg duduk bilik ni + sorang roomate lama. Heeeeee.

Heeee :DD

Azam pun kene la baru. Nak kene berubah ni. Tp kene ada kesungguhan yang betul betul kuat. Kalau setakat kesungguhan tahap gunung masa first week je tak guna jugak. Heeee. Miza tak tujukan kat sesiapa pun. Actually ditujukan kpda diri sendiri yang perangainya cam lalang. T.T

InshaAllah, tanak ingat dah kesedihan dua semester lepas. Nak fikir utk yang akan datang pulak. Mungkin akan lebih fokus pada pelajaran berbanding projek atau program sana sini. May Allah ease everything. Risau jugak ni. Yela, ada peluang utk sambung belajar, tanak abaikan. Orang lain berebut nk amik peluang utk sambung study. Alhamdulillah, ada rezeki miza kat UM ni. So, marilah kita tanamkan niat utk belajar bersungguh sungguh demi mencapai cita!

Belajar-belajar jugak, pengisian rohani jangan lupa! Hehehe. Itu yang lebih menguatkan kita! InshaAllah. Miza tulis ni mmg utk diri miza sendiri. So, bebila masa nanti, terbaca dan akan muhasabah diri balik. Mohon diri ini tak lupa yang maha Pencipta. Juga nabi Muhammad nabi junjungan..

Masih tak terlambat lagi nak ucapkan "SELAMAT DATANG FRESHIES UM 13/14" ke Universiti Malaya! Hehehee. Actually, datang2 sini, tak dapat aih nak beza mana junior mana senior. Sama je nampaknyaaa. Heeeeeee :DDDD Apa2 pun, junior2, selamat menuntut di Universiti Malaya! ^^ Have fun here!

Kawan matrik miza ada sorang yang dapat sini. Dia dulu KMS PDT punya student. Sekarang dia masuk sini amek kos biology-related. Dekat pulak tu kolej kitorang. Heeheehehe. bolehlah jumpa nantiiii. Hikhik.

Kepada semua pelajar degree, happy new semester! ^^

 Mata mahu melabuhkan tirainya.
Cuaca pula mengizinkannya.

Tiba masanya aku mengakhiri tulisanku.
Moga kita bertemu di lain hari.
Jangan pernah menantikan updateku.
Entah bila mampu ku menulis lagi.


 Till then, Assalamualaikum :)