years of experience! (:

Daisypath Anniversary tickers

17 June 2015

Exam Week + Ramadhan Comes Again

Assalamualaikum :) 


About 7 hours remaining before my first paper for semester 6. Just wanna tell you guys that I'll be hiatus again about 2-3 weeks. To all my friends who will sit or currently sitting for the examination, all the best to you. May Allah ease everything. Bittaufiq wannajah! ^^ 





Ahlan Wasahlan ya Ramadhan. Happy fasting, everyone. Hope we can increase more good deeds in Ramadhan and hope it will continue forever. in shaa Allah 


p/s : All the image in this post , the credit goes to their rightful owners. 

 Till then, Assalamualaikum :)

13 June 2015

JJCM achieved ! ^^

Assalamualaikum :)

Diharap semua sihat-sihat belaka dan sentiasa diberkati Allah. Terasa nak tulis satu post sementara tengah study week ni kan. Selasa lepas, ade buat plan nak JJCM (Jalan Jalan Cari Makan) kat Shah Alam. Kawan miza merangkap ex-roomate teringin nak makan ABC ngan burger bakar. Supposedly, roomate miza, kinah pun join skali. Tapi disebabkan tak berapa sihat, dia tak jadi ikut sekali. So, fiza ngan mira je yang confirm datang. 

1. Pak Li Kopitiam Seksyen 18, Shah Alam

Fiza ngan mira sampai Seksyen 24 dalam pukul 12 macam tu. Dah masuk lunch hour, so miza ajak diorang pegi tempat favourite miza, PakLi Kopitiam, Seksyen 18. Yela, Seksyen 24 dengan Seksyen 18 ni berjiran je, Jadinya berjalan kaki dalam 5 - 8 minit dari rumah miza. Pak Li Kopitiam ni mmg tempat favorite miza tau. Bayangkan, miza kerap makan kat sini sejak 2009 kalau tak silap.  

Finally, we here ! ^^ 

Asam Laksa - RM 6.50
Asam Laksa Pak Li ni one of  miza punya favourite kat sini. Dia punya special asam laksa ni, ada letak ikan sardin kat dalam ni. Selain tu jugak, dalam laksa ni ada hirisan mangga dan potongan buah nenas dan daun pudina. Lagi satu, kuah dia memang sedap. Kuahnya tak macam kuah laksa asam biasa lah. Die tak cair, tak pekat, just nice.
Nasi Ayam Lemon - RM 6.50

Nasi Ayam Lemon ni favorite nombor satu miza kat Pak Li. Semuanya sedap hehe. Miza selalunya akan recommend dish ni dekat kawan2 miza yg first time makan kat sini. Haritu, bawak Mun makan kat sini. Yg ni, miza recommendkan dish ni kat Mira. Dalam menu ni, ada nasi, ayam bahagian thigh  dihidangkan dengan sos lemon & sos cili. Ade juga potongan timun sebagai sayuran.

Katong Laksa - RM 6.50 
Katong Laksa ni Fiza yang order. Sebenarnya miza pun tak pernah rasa lagi laksa ni. Katong Laksa punya kuah rasanya macam mee kari punya kuah. Cuma bezanya dia guna laksa. Miza taktaulah apa ramuan kuahnya tp dalam laksa ni diletak fishball, tauhu ngan udang (sepertimana dalam gambar).

Waktu operasi Pak Li Sek. 18 ni dari pukul 10 pagi sampai pukul 11.30 malam (Isnin - Ahad) . Bukak 7 hari seminggu, jadi boleh lah pegi hari apa yang korang suka. Pak Li ni terletak kat Tingkat 1, Ole Ole Shopping Mall.

Pak Li Kopitiam kat Seksyen 18, Shah Alam ni hanya salah satu cawangan je.  Kat Shah Alam je ada 4; Seksyen 18, Seksyen 7, Seksyen 13, Kota Kemuning. Kat Bukit Tinggi ngan Klang Sentral pun ada jugak.

Nak tau lebih lanjut, bolehlah pergi laman web Pak Li Kopitiam di sini.


2. ABC


Lepas Solat Zohor, kitorang pergi Kompleks PKNS. Pergi naik bas je, maklumlah, miza takde lesen hahahaha. tak dapat nak bawak diorang pusing2 Shah Alam. Naik bas Rapid T529 dari Seksyen 18. Lepas tu, pegi pekena ABC dekat Seksyen 2.

Sebenarnya miza taktau kedai mana yang jual ABC sedap, sbb byk sgt kedai yang jual ABC. So, randomly pilih kedai yg menarik advertisingnyaa.

Pilihan menu yg ada :) 

Tadaaaa~!

Menarik kan ? hehehe. Portion dia banyak sangat huuuuuu. Tak larat nak abeskan. Hahahaahha. Fiza ngan Mira order ABC yang sama. Miza punya lain sikit. Nama kedai miza taktau sbb lupa nak tgok hahaha. Tapi rasanya kalau nak pegi, nampak advertisement yg menarik mcm kat atas tu, korang dah tau kan nak pegi yg mana ? hehehe. 

"Khusyuknya miza makan. Bagilah rasa sikit. Macam sedap je."- Fiza- 


Torpedo Ice - RM 5.00

Torpedo Ice ni Mira ngan Fiza yang makan. Dalam ni ada koktel buah dan kacang merah ditambah berbanding dengan ABC biasa.

Special Chocolate Nuts - RM 4.00 

Yang ni miza yang makan. Miza pilih ni sbb dalam menu tu ini yang paling menyerlah hehehe. Lagipun chocolate memang favorite miza. Ditambah pulak dengan kacang. uuuuu. Lagi bestt. So far, mmg puas hati. Dressing utk ABC ni pun cantik. Waktu memula tu rasa sayang pulak. Kat atas ABC tu ada jeruk buah ceri. Itu yg buat ABC ni lagi special. Hehehehe. 



Siapa yang nak pergi makan ABC Seksyen 2, bolehlah datang kat sini. Landmark tempat ni, KFC Seksyen 2. Dekat foodcourt seksyen 2. Kalau nak lagi senang, tanya kawan kawan UITM korang. Konfirm diorang tau. heheh.


3. BurgerByte Shah Alam

Lepas Asar, dalam pukul 5.40 mcm tu, kitorang pergi cari tempat makan. Disebabkan Mira ngan Fiza nak makan burger, so abang miza ada bagi few suggestions utk makan. Abang Burn, BurgerByte and ape ntah lagi. So, decide makan dekat BurgerByte. 



One thing yang best kat Burgerbyte ni, suasana. Cozy and it gave romantic vibe. Sesuai la kot kalau nak sembang santai ngan kawan dan orang tersayang. Relax je duduk kat sana. Bila masa sampai tu, tetiba one of the waiters bagi kertas ngan pencil tapi tak clear pun apa yg dia cakap sebenarnya hahaha. Nasib baik menu ada kat atas meja. Dah siap2 tulis order, mcm sure tak sure je nak buat apa. rupa2nya kene pegi kaunter hantar order dan bayar dulu. LOL sangat. Yela, sbb first time datang, tak tau mcam mana procedure nak order bgai ni. huhu. pegi kaunter pulak bawak kertas order, duitnya tak bawak hmmm bagus sangat hahaha.

Happynya muka dapat makanan ^^ 


Our dinner :) 

Beef Cilantro Pesto Burger - RM 13.80

Ini burger yang miza makan. Kitorang pilih semua daging lembu. Sebab nak rasa daging dia best ke tak. Tapi mmg puas hati lah. portion dia tak kecik, tak besar. just nice, tapi fries sangat banyak. Daging dia mmg lembut. Just nice. Nak makan pun senang. tak bersepah sangat makan. Hehehe. Miza punya tu ada sayur tp lupa ntah nama sayurnya. Sayur tu mcm dikisar then jadi macam sos kot. Tak sure betul ke tak sebenarnya hehehe.


Beef Bacon Burger - RM 14.80

Beef bacon burger pulak ada bacon slices kat dalamnya. . Sayur dekat burger miza tu diganti dengan kepingan bacon.  Itu je kot bezanya nya. Yang lain semuanya sama. Hehehe.


Beef Nachos Burger - RM 15.80 

Nachos Burger ni pulak mira yang order. Dalam burger ni ada nachos. Selain tu jugak, ada cili jeruk dan chili paste diletak kat dalam burger. Yang lain semuanya sama je mcm yg lain. 


Chili Fries - RM 7.80

Fries ni tak terusik pun sbb fries dalam set burger pun puas nak habiskan. Fries ni dihidang dengan chili sos yang rasanya BurgerByte cipta sendiri kot. Rasanya pelik, tapi sedap hehe. 


Overall, okay lah jugak. Not bad. Semua daging burger kat BurgerByte ni tak digoreng, tapi digrill. Itu yang buat BurgerByte ni lain dari yang lain. Environment pun okay. Tapi rasanya mungkin staff mungkin boleh explain kat customer procedure utk order. Takdelah customer tercengang-cengang macam miza ni. Kalau pelanggan tetap mungkin dah tau, tapi first-time customer mgkin akan blur macam miza hahaha. Itu je kot. 

BurgerByte kat Shah Alam ni terletak kat Pusat Komersial (Jalan Plumbum Seksyen 7). Miza nak explain detail pun tak boleh sbb miza tak biasa dengan Seksyen 7. Tapi budak2 UITM mesti tau jugak tempat ni hehe. Nak share location pun tak boleh sbb dalam website BurgerByte pun tak update ttg branch Shah Alam ni. Kalau nak tgok kat mana lagi branch BurgerByte, boleh klik di sini


Alhamdulillah, done JJCM dengan Mira ngan Fiza. Kalau ada rezeki, boleh buat lagi. Mana tau lepas ni boleh pergi jauh sikit hehehe ^^  


 Till then, Assalamualaikum :)