years of experience! (:

Daisypath Anniversary tickers

Calendar

You might want to check it out ! ^^

20 May 2012

makan makan dan lagu matrikulasi.

Assalamualaikum :) 

jam dah menunjukkan hampir pukul 3. tapi diri ini masih belum sedar diri untuk memejamkan mata dan masuk ke alam mimpi. well, beginilahh kehidupan sejak bergelar lepasan matrik hampir sebulan. payah bebenor nak tidur awal. okayy. rase cam nak update lahhh . hehehehe. menghilangkan bosan yang melanda. 

Spring Onion Beef Kuey Teow
disebabkan dah pagi, so nak cakap pasal makanan yang miza makan semalam. lepas g cari buku adik , trus g makan ngan family. then, miza order Spring Onion Beef Kuey Teow. perghhh , nama gilaaa complicated ahh. lupe lak nak cakap makan kat mane, kitorang g makan kat Restoran Mukmin, Seksyen 19, Shah Alam. Favourite menu family miza Udang Goreng Nestum. Sedappp wooo, tapi semalam just makan ala carte punye menu . so order sendiri2 laaa. hehehe. then, miza just amek utk miza punya je. yang lain miza tak tangkap :P hehehehe. Kuey Teow ni okaylahhh juga. miza suka dagingnya. sangat lembut! :)




Teh bunga yang hilang warnanya. 
Air pulak miza order Teh Bunga. My favourite! hehehe. tapi cam terkejut sbb air ni tak berwarna. tapi , kesedapan nya mmg terasa lahhh. jadi , tak de lahh rasa rugi atau membazir. hehehe.okay, tu je kot nak cite pasal makanan.

okay sekarang topik kedua. lagu matrikulasi. topik ni tetibe je meniti di bibir miza bile dengar lagu 1 malaysia kat NTV7. hehehe. actually akak miza yang timbulkan topik ni. pastu , mulalah rasa nak nyanyi balik lagu matrik. kakak miza dulu belajar kat KMPh, miza pulak kat KMS. :) mulalah nak menguji kan, ingat lagi tak lagu matrik memasing. huhuhu. miza pun cam ingt2 lupe je kot. huhu. hahaha. pastu terus bukak Pak Google, tekan Makcik Youtube, cari lagu KMPh ngan KMS. well, lagu KMS ade , tapi KMPh tak dapat dikesan. hehehe.

jadi pesanan kat bakal pelajar matrik , jangan lupa hafal lagu. nanti time orientasi takde lah rasa cam susah nak hafal. huhuhu. kat sini miza sertakan lirik lagu KMPh ngan KMS . matrik lain boleh pegi cari sendiri. hehehehe. tapi utk adik2 yang bakal melanjutkan pelajaran kat KMS. akak miza sediakan video sekali. hehehe. :P *sejakbilalahmizapandaiberadikberkakakni*



LAGU KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

(Peneraju Kecemerlangan)
 
Warga berilmu, berketrampilan
Disiplin, sahsiah yang diutamakan
Agama menjadi panduan hakiki
Membina bangsa beretika
 
Di tanah ini, kita temui
Cita cemerlang, gemilang dan terbilang
Kreatif, madani, progresif, harmoni
Megah Kolej Matrikulasi Pahang
 
Ayuhlah waris negara
Daulatkan cita persada
Saingi puncak dunia
Laungkan gagahnya nama Malaysia

Lagu KMS
Wawasan Gemilang
 
Membina sebuah harapan
dengan berganding bahu
menjulang impian nan murni
penuh semangat padu
 
*ku genggam bara menjadi arang
sedia tempuh apa dugaan
Kolej Matrikulasi Selangor
 
Pengajiannya bertaraf dunia
penuh aspirasi negara
jati diri terpelihara
kecemerlangan semua
 
Pelajar cekal berdedikasi
minda luas terbuka
berdaya saing berkualiti
merintis potensi diri
 
*
 
Wawasan gemilang
titian cita-cita
 
Kolej Matrikulasi Selangor





so, adik2 junior , good luck di matrik nanti :) 

Till then, Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment