years of experience! (:

Daisypath Anniversary tickers

24 November 2015

Travelog ke USIM (ISAS'15)

Assalamualaikum :)

Apa khabar semua? Lamanya tak menulis kat sini. Harap harap semua yang membaca sihat2 belaka. ^^ Semester 7 ni miza ambil 2 subjek + FYP . Jadi tak banyak sangat kelas dan masa banyak dihabiskan dalam bilik menghadap Android Studio.

Disebabkan bosan + stress hadap AS, bila bukak twitter dan ternampak satu hebahan pasal program ISAS'15 anjuran USIM. Kebetulan pula kawan miza salah seorang AJK program ni. Dah sebulan lebih dah pun program ni tapi baru nak post. hehe. 







Well, being a gigih one, miza ngan mira pergi USIM naik KTM, dari UM amek LRT smpai KL Sentral & naik KTM berhenti kat stesen Nilai. Sebab program ni 2 hari punya program, gerak dari UM jumaat petang. 

Day 1

pentas ISAS'15
Adorable sangat decoration pentas. Color theme cantik. Lagi2 bila tgok semua committee pakai seragam. ^^
With kak yam, housemate piqah. 



First slot start dengan Dr. Hidayah dengan tajuk "Friends or Foe? : Social Networking". Antara isi yang miza dapat adalah: 

The dangers of Social Media: 


1. Addiction to Facebook/Other Social Media

Miza pun pernah terjebak dengan addiction to FB ni. Tapi sekarang ni dah jarang bukak facebook melainkan ada group assignment atau pun bnde yang important je nak bukak fb. Tapi bila dah tak addict to FB, addict to other social media lah pulak dah. Dulu rajin jugak tweet kat Twitter but now pun dah kurang dah. Sekarang ni more to Instagram. Desire nak post gambar tu amatlah tinggi. Hahaha. Help me! Well, biasanya bnde yg miza post kat Instagram ni selalunya gambar makanan! Seronok bila share gambar makanan bila pergi cafe2 atau restoran2 yang sedap. Kirenya macam jadi promoter x berbayar, Hahaha. Selalu jugak post gambar when it comes to someone birthday, share quote, bila nak tag online shop, and that's all. Best jugak sbb boleh dapat tau kawan2 punya latest activities. Sebab nak jumpa pun, bukannya senang dah sekarang ni hohoho. okay tu je kot nak cite. 

2. Online Trails 

Ini agak berbahaya sbb apa yang kite post online akan selama-lamanya ada dalam internet. Even dah delete benda tu still ada tau dlam cloud. Huhu. Pastikan x post yg bukan2 lah eh. Yang boleh mendatangkan mudarat di hari kelak. Sbb bila search nama sendiri kat google, senang je nak keluar pasal kita. FB, twitter, tumblr and so on. So, be careful on what you post online. 

3. Cyberstalking

Haaaa, siapa pernah buat ? Tipu kalau x pernah buat hahaa. Stalk-stalk crush tu salah satu contoh cyberstalking la tu. :P  sebab miza pun pernah jugak buat benda ni. Dulu la. Sekarang tak. Dulu boleh dikatakan stalker yang berjaya hahaha sbb apa yang miza nak tau miza dapat tau. Tapi, sekarang dah taknak dah buat mcm tu. Bahaya tau. Privasi terganggu. Dinasihatkan jangan lah stalk orang secara extreme ye. 

4. Fake Profiles

Selalunya bnda macam ni terjadi  dekat artis. Sbbkan ada peminat yang terlampau fanatik, diorang create fake profile. Tapi sebenarnya bukannya artis je, orang biasa pun ade jugak terkena benda macam ni. Jadi berhati2 lah ye semua. 

5. Child Predators 

Yang ni bahaya. Dr. Hidayah ada tunjuk video macam mana seorang lelaki 20++ ni create fake profile as teenager dan ajak girl teen utk jumpa. And lelaki ni contact parents remaja perempuan utk ade dekat lokasi tu. When the time comes, parents diorang sergah budak perempuan tu. Bayangkanlah eh kalau itu penculik ke pencuri ke, tak ke seram? Menangis jugaklah tgok video tu. Sbb some of the parents percaya yang anak diorang takkan keluar rumah dan jumpa budak lelaki yang diorang tak kenal. Tapi, anak diorang buat jugak. Well, the most behave girl pun boleh buat mcm tu. So parents, harap pantau jugak lah aktiviti anak2. Make sure kita tahu dengan siapa anak2 berhubung, dan kalau diorang keluar pun, pastikan tahu dengan siapa dan tujuan diorang keluar. 

6. Cyber bullying

Cyber bully ni banyak terjadi kat belah belah Amerika sana. Sampai mangsa buli tu bunuh diri. Kat Malaysia pun ada jugak sebenarnya tapi mungkin kita tak perasan. Mangsa buli ni kadang2 diorang tak tahu pada siapa diorang nak mengadu. Orang yang paling dekat, family. So, bila anak2 bagitahu something yang related to buli, jangan pandang rendah ye ibu bapa. 



Tips & Trick


1. Privacy Settings

Gunakan kemudahan privacy settings yang ada dlam social media. Don't expose too much information about you. That's the main thing. 

2. Think before you click/post

Think first! Whether it will give you benefit in future or not. Kalau setakat nak rant marah2, taip perkataan yang tak elok tu, better simpan utk diri sendiri. Tak semua kite patut share atau luahkan atas talian. 

3. Ask for help - when you are being bullied in cyber world 

To the victim, do ask for help! Don't keep it to yourself or you'll end up in depression. 


Dr. Sundresan

Next slot : Forensic Demo by Dr. Sundresan. 

Dalam slot ni Dr. Sundresan tunjuk demo mcmmana org boleh hack account kita. ini dah dikira cyber crime lah. 

Ada 2 type of cyber crime: 
1. cyber terrorism - cth macam anonymous 
2. cyber piracy  - cetak rompak 

Hackers pulak ada 3 jenis : White , Gray & Black . 

Dr. bagitau yg 90% mangsa sosial media adalah pengguna yang addicted dengan sosial media itu sendiri. 




Day 2 
En. Mahmud

Slot dari En. Mahmud more like sharing session. "How to Avoid Being a Failure in InfoSec" 

1.Attitude. 
Security is about trust. 
Just do it! - Rather than complaining. 
2. Knowledge
3. Skillset

Banyak quote2 yang best dapat dari En. Mahmud ni. 

"If you can utilize the technology, you can contribute to many things." 

"You need to be practical"

"Reading is a must!"

"Always share things that you have done, not what you have read." 

"Say NO to your poyoness!"

"If you have the interest in something, but what have you done? Just do it, nothing should stop you from doing it."



Next slot, Web  Secure Programming 

Dalam slot ni byk jugak ilmu baru dapat hehe. Programming kan? hihi.

Credit to instagram:  @isas2015


Apa2 pun, terima kasih sbb menjemput UM datang walaupun wakilnya 2 orang je hahaha. sadis betul. takpelah. Asalkan dapat ilmu baru. Alhamdulillah. Favourite slot ; slot Dr. Hidayah dengan En. Mahmud~ hehehe. Bertuah betul pergi ISAS ni. dahlah dapat lucky draw, dapat lagi lucky follower hahaha. Boleh tahan :) First time datang USIM tapi tak dapat nak jenjalan satu USIM sbb jerebu dengan kekangan masa. 


Miza & Mira with Piqah and her housemates 

Mekasih Piqah bagi miza ngan mira tumpang kat rumah 2 hari. Ada rezeki datang lagi walaupun dah nak abes dah study. Sobs. 







Sampai KTM Nilai dlm kul 6 lebih, solat Asar dan gerak dr KTM Nilai dlm kul 7. Sampai KL Sentral , solat Maghrib dan shoot balik UM pulak. Dalam 8.30 malam sampai UM dengan laparnya. Dan memasing order western sbb dah lama tak makan hehee. Maka berakhirnya, travelog USIM ni. Punyalah lama miza simpan dalam draft haha. Maaf2. Sibuk sikit sekarang. Terima kasih sudi baca dan maaf sebab duk bercampur English dengan bahasa Melayu. Maaf, maaf. kalau mak miza tengok ni, rasa cam kene bebel je. hehe. Ada masa jumpa lagi! ^^ 



 Till then, Assalamualaikum :)

04 September 2015

Sudah bersediakah?

Assalamualaikum :)
Hai semuaaa. Lamanyaaaa xpost kat siniii. Hihihi. Rindu pulak kat blog ni. Right now tgh ada kat UITM Shah Alam. Hahahaha. Mcm mana boleh ade kat sini? Hihi. Tgh tunggu member miza daftar subjek ni. Tak sangka pulak student UITM kalau nak dftar kene guna line UITM? Takpelah. Hehehe.  Nasib baik ade komik Imanimex yg menemani. So takdelah bosan hehehe.
PTAR 1, UITM Shah Alam
Beberapa hari je lagi nak masuk tahun akhir. Hmmmm. Mcm tak caya pun ade jugak. Sedar tak sedar dah 3 tahun dah belajar kat UM ni. Mcm2 rasa sbnrnya, lagi 1 sem je nk jumpa kawan2 before turun utk praktikal next sem. Hmmm.
Sem ni buat FYP2. Mungkin mencabar sikit, tp mmg nak buat yg terbaik so that can graduate on time. In shaa Allah, I'll do my best.
So, selamat datang freshies ke Universiti Malaya! Dan selamat menempuh sem baru senior2 
Take care semuaaaaaaaaa 
 Till then, Assalamualaikum :)

07 August 2015

SIMPLEHIJAB AFFLIATE AGENTS

Assalamualaikum and hi everyone! I hope you guys are in the pink of health. 😊😊 dah kenapa macam buat karangan ni dahh hehehe.

Rasa macam dah lama tak menaip kat sini. Syok sgt cuti plus banyak pulak lah aktiviti sekarang. Tapi itu cerita dekat next2 post lah. Sekarang ni nak cite pasal satu syarikat tudung.

Haaaaa, tudung ape tuu? Simple je name die iaitu SIMPLEHIJAB. SIMPLEHIJAB ni ditubuhkan pada 2014.

So, miza nak tnya korang. Ade tak sesiapa yang nak jana pendapatan dengan cara yg mudah? Jadilah ejen SIMPLEHIJAB dengan mudah dan rebutlah peluang untuk menjana side income bagi sesiapa yg dah bekerja. Kalau utk students kite bolehlah tambah duit poket sikit kan? Hehe.

Sekarang ni pihak SIMPLEHIJAB sedang mencari ejen. So, kalau korang semua berminat, bolehlah klik di link yg miza letak kat bawah ni okay? Rasanya diorang nak launching system ni around September depan. Jadi, jangan lepaskan peluang!

Link -- >  http://simplehijab.co/?id=eqxn

Selamat menjadi ejen ! ^^

Okay semua , take care and assalamualaikum 👋👋👋

P/s : tulis dari phone sbb miza tak rajin nak bukak laptop hahaha

17 June 2015

Exam Week + Ramadhan Comes Again

Assalamualaikum :) 


About 7 hours remaining before my first paper for semester 6. Just wanna tell you guys that I'll be hiatus again about 2-3 weeks. To all my friends who will sit or currently sitting for the examination, all the best to you. May Allah ease everything. Bittaufiq wannajah! ^^ 





Ahlan Wasahlan ya Ramadhan. Happy fasting, everyone. Hope we can increase more good deeds in Ramadhan and hope it will continue forever. in shaa Allah 


p/s : All the image in this post , the credit goes to their rightful owners. 

 Till then, Assalamualaikum :)

13 June 2015

JJCM achieved ! ^^

Assalamualaikum :)

Diharap semua sihat-sihat belaka dan sentiasa diberkati Allah. Terasa nak tulis satu post sementara tengah study week ni kan. Selasa lepas, ade buat plan nak JJCM (Jalan Jalan Cari Makan) kat Shah Alam. Kawan miza merangkap ex-roomate teringin nak makan ABC ngan burger bakar. Supposedly, roomate miza, kinah pun join skali. Tapi disebabkan tak berapa sihat, dia tak jadi ikut sekali. So, fiza ngan mira je yang confirm datang. 

1. Pak Li Kopitiam Seksyen 18, Shah Alam

Fiza ngan mira sampai Seksyen 24 dalam pukul 12 macam tu. Dah masuk lunch hour, so miza ajak diorang pegi tempat favourite miza, PakLi Kopitiam, Seksyen 18. Yela, Seksyen 24 dengan Seksyen 18 ni berjiran je, Jadinya berjalan kaki dalam 5 - 8 minit dari rumah miza. Pak Li Kopitiam ni mmg tempat favorite miza tau. Bayangkan, miza kerap makan kat sini sejak 2009 kalau tak silap.  

Finally, we here ! ^^ 

Asam Laksa - RM 6.50
Asam Laksa Pak Li ni one of  miza punya favourite kat sini. Dia punya special asam laksa ni, ada letak ikan sardin kat dalam ni. Selain tu jugak, dalam laksa ni ada hirisan mangga dan potongan buah nenas dan daun pudina. Lagi satu, kuah dia memang sedap. Kuahnya tak macam kuah laksa asam biasa lah. Die tak cair, tak pekat, just nice.
Nasi Ayam Lemon - RM 6.50

Nasi Ayam Lemon ni favorite nombor satu miza kat Pak Li. Semuanya sedap hehe. Miza selalunya akan recommend dish ni dekat kawan2 miza yg first time makan kat sini. Haritu, bawak Mun makan kat sini. Yg ni, miza recommendkan dish ni kat Mira. Dalam menu ni, ada nasi, ayam bahagian thigh  dihidangkan dengan sos lemon & sos cili. Ade juga potongan timun sebagai sayuran.

Katong Laksa - RM 6.50 
Katong Laksa ni Fiza yang order. Sebenarnya miza pun tak pernah rasa lagi laksa ni. Katong Laksa punya kuah rasanya macam mee kari punya kuah. Cuma bezanya dia guna laksa. Miza taktaulah apa ramuan kuahnya tp dalam laksa ni diletak fishball, tauhu ngan udang (sepertimana dalam gambar).

Waktu operasi Pak Li Sek. 18 ni dari pukul 10 pagi sampai pukul 11.30 malam (Isnin - Ahad) . Bukak 7 hari seminggu, jadi boleh lah pegi hari apa yang korang suka. Pak Li ni terletak kat Tingkat 1, Ole Ole Shopping Mall.

Pak Li Kopitiam kat Seksyen 18, Shah Alam ni hanya salah satu cawangan je.  Kat Shah Alam je ada 4; Seksyen 18, Seksyen 7, Seksyen 13, Kota Kemuning. Kat Bukit Tinggi ngan Klang Sentral pun ada jugak.

Nak tau lebih lanjut, bolehlah pergi laman web Pak Li Kopitiam di sini.


2. ABC


Lepas Solat Zohor, kitorang pergi Kompleks PKNS. Pergi naik bas je, maklumlah, miza takde lesen hahahaha. tak dapat nak bawak diorang pusing2 Shah Alam. Naik bas Rapid T529 dari Seksyen 18. Lepas tu, pegi pekena ABC dekat Seksyen 2.

Sebenarnya miza taktau kedai mana yang jual ABC sedap, sbb byk sgt kedai yang jual ABC. So, randomly pilih kedai yg menarik advertisingnyaa.

Pilihan menu yg ada :) 

Tadaaaa~!

Menarik kan ? hehehe. Portion dia banyak sangat huuuuuu. Tak larat nak abeskan. Hahahaahha. Fiza ngan Mira order ABC yang sama. Miza punya lain sikit. Nama kedai miza taktau sbb lupa nak tgok hahaha. Tapi rasanya kalau nak pegi, nampak advertisement yg menarik mcm kat atas tu, korang dah tau kan nak pegi yg mana ? hehehe. 

"Khusyuknya miza makan. Bagilah rasa sikit. Macam sedap je."- Fiza- 


Torpedo Ice - RM 5.00

Torpedo Ice ni Mira ngan Fiza yang makan. Dalam ni ada koktel buah dan kacang merah ditambah berbanding dengan ABC biasa.

Special Chocolate Nuts - RM 4.00 

Yang ni miza yang makan. Miza pilih ni sbb dalam menu tu ini yang paling menyerlah hehehe. Lagipun chocolate memang favorite miza. Ditambah pulak dengan kacang. uuuuu. Lagi bestt. So far, mmg puas hati. Dressing utk ABC ni pun cantik. Waktu memula tu rasa sayang pulak. Kat atas ABC tu ada jeruk buah ceri. Itu yg buat ABC ni lagi special. Hehehehe. 



Siapa yang nak pergi makan ABC Seksyen 2, bolehlah datang kat sini. Landmark tempat ni, KFC Seksyen 2. Dekat foodcourt seksyen 2. Kalau nak lagi senang, tanya kawan kawan UITM korang. Konfirm diorang tau. heheh.


3. BurgerByte Shah Alam

Lepas Asar, dalam pukul 5.40 mcm tu, kitorang pergi cari tempat makan. Disebabkan Mira ngan Fiza nak makan burger, so abang miza ada bagi few suggestions utk makan. Abang Burn, BurgerByte and ape ntah lagi. So, decide makan dekat BurgerByte. 



One thing yang best kat Burgerbyte ni, suasana. Cozy and it gave romantic vibe. Sesuai la kot kalau nak sembang santai ngan kawan dan orang tersayang. Relax je duduk kat sana. Bila masa sampai tu, tetiba one of the waiters bagi kertas ngan pencil tapi tak clear pun apa yg dia cakap sebenarnya hahaha. Nasib baik menu ada kat atas meja. Dah siap2 tulis order, mcm sure tak sure je nak buat apa. rupa2nya kene pegi kaunter hantar order dan bayar dulu. LOL sangat. Yela, sbb first time datang, tak tau mcam mana procedure nak order bgai ni. huhu. pegi kaunter pulak bawak kertas order, duitnya tak bawak hmmm bagus sangat hahaha.

Happynya muka dapat makanan ^^ 


Our dinner :) 

Beef Cilantro Pesto Burger - RM 13.80

Ini burger yang miza makan. Kitorang pilih semua daging lembu. Sebab nak rasa daging dia best ke tak. Tapi mmg puas hati lah. portion dia tak kecik, tak besar. just nice, tapi fries sangat banyak. Daging dia mmg lembut. Just nice. Nak makan pun senang. tak bersepah sangat makan. Hehehe. Miza punya tu ada sayur tp lupa ntah nama sayurnya. Sayur tu mcm dikisar then jadi macam sos kot. Tak sure betul ke tak sebenarnya hehehe.


Beef Bacon Burger - RM 14.80

Beef bacon burger pulak ada bacon slices kat dalamnya. . Sayur dekat burger miza tu diganti dengan kepingan bacon.  Itu je kot bezanya nya. Yang lain semuanya sama. Hehehe.


Beef Nachos Burger - RM 15.80 

Nachos Burger ni pulak mira yang order. Dalam burger ni ada nachos. Selain tu jugak, ada cili jeruk dan chili paste diletak kat dalam burger. Yang lain semuanya sama je mcm yg lain. 


Chili Fries - RM 7.80

Fries ni tak terusik pun sbb fries dalam set burger pun puas nak habiskan. Fries ni dihidang dengan chili sos yang rasanya BurgerByte cipta sendiri kot. Rasanya pelik, tapi sedap hehe. 


Overall, okay lah jugak. Not bad. Semua daging burger kat BurgerByte ni tak digoreng, tapi digrill. Itu yang buat BurgerByte ni lain dari yang lain. Environment pun okay. Tapi rasanya mungkin staff mungkin boleh explain kat customer procedure utk order. Takdelah customer tercengang-cengang macam miza ni. Kalau pelanggan tetap mungkin dah tau, tapi first-time customer mgkin akan blur macam miza hahaha. Itu je kot. 

BurgerByte kat Shah Alam ni terletak kat Pusat Komersial (Jalan Plumbum Seksyen 7). Miza nak explain detail pun tak boleh sbb miza tak biasa dengan Seksyen 7. Tapi budak2 UITM mesti tau jugak tempat ni hehe. Nak share location pun tak boleh sbb dalam website BurgerByte pun tak update ttg branch Shah Alam ni. Kalau nak tgok kat mana lagi branch BurgerByte, boleh klik di sini


Alhamdulillah, done JJCM dengan Mira ngan Fiza. Kalau ada rezeki, boleh buat lagi. Mana tau lepas ni boleh pergi jauh sikit hehehe ^^  


 Till then, Assalamualaikum :)

30 May 2015

Rant rant rant

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

Apa khabar semuanya? Diharap semuanya sihat2 belaka dan sentiasa dirahmati Allah. Ya Allah, dah berhabuk rupanya blog miza ni haha. nampak tak lama dah tak update blog ni. nak masuk dua tahun rupanya . uhuk uhuk uhuk .

Saje je nak mention miza baru je lepas setel viva (presentation) untuk FYP (Final Year Project) 1. Niat di hati nak sambung menulis cerita yang miza pun dah tinggalkan berkurun. Tapi adelah kawan miza ni duk sibuk suruh update blog hahahha (maap najuwin :P ) jadi terhasil lah post ni.

WARNING : THIS POST MIGHT CONTAIN LONG CONTENT. READ AT YOUR OWN RISK. 


Warning kat atas ni mmg betul tauu. tak tipu. mmg panjangla kot. mmg nak rant pasal ape yg berlaku sepanjang tahun ketiga miza kat UM. wow. tahan je lah eh, miza dah lama gila tak update ni. harap dapat memahami lah eh. *menaip sambil chat di Facebook sambil dengar playlist Youtube* 

p/s: cerita ini tidak mengikut turutan tarikh dan masa. random je ni. hikhik. Selamat membaca ! 

1. dari KUAZ ke ROYAL 


Budak UM mesti tau kan ape yg berlaku hahaha. Well, dua tahun tau miza duduk kat KUAZ, but for my third year pindah ke ROYAL. Mula2 tu, haaa bukan main payah lagi nak move on. Konon kuatlah bonding ngan KUAZ. (tp mmg kuat pun haha) Yela, dulu boleh tahan aktif sikit la kat KUAZ, tp bila masuk ROYAL, miza jadi rakyat biasa je haha. tak mampu dah nak aktif2 ni. maklumlah dah jd senior ni, mulalah sibuk ngan itu ini , FYP blaa blaa blaa. actually, boleh je nak grab peluang nak jadi aktif, tp miza je yang mmg nak resign dr semua ini. Haha.

Alhamdulillah, Kolej 12 ni pun ade byk kelebihan. walaupun tinggi, ada lif (walaupun kadang2 lambat) hikhik. pastu, ada balkoni yg jadi port miza tetiap petang. Boleh tgok org main sukan. haha. miza mmpu tgok je. nak turun join main sukan, terima kasih lah eh :P Makanan pun okaylah, senang nak dpat. Yang penting, dapat beli buah hari hari ^^ Cuma dulu, kalau kat KUAZ kene amek satu bas je, sbb dekat dengan API (Akademi Pengajian Islam) , tapi sekarang nak pegi kelas kene amik dua bas. sobsob. takpelah, as long as miza sampai ke kelas ye dak? hehehe.


2. DINNER DINNER DINNER

Ni tahun last kot join dinner, walaupun boleh refund tanak g dinner, miza gagahkan jugak utk pergi dinner. huhu. tp tahun ni roomate miza tak dpt join, sobsob. sedihnyaa. takpelah kinah, nnt kite g dinner utk roomate pulak ;) 

Tahun ni dinner buat kat Royale Chulan Kuala Lumpur. Uuuuuuu, setakat ni dinner rasanya semua kat tempat2 besar. Macam first year, kat Palace of Golden Horses, second year kat Sunway Hotel. Well, masa ni je lah nak pegi tempat2 mcm ni. Nak pegi sendiri tuu, pikir beribu kali jugak lah haha. Tahun ni punya dinner jugaklah baru dpt merasa semeja ngan kengkawan hehee. sebelum ni jadi AJK dinner n tahun lepas duduk semeja dengan jtk. 

Alaaaa, tak ready lagi ni bang! 
Overall okaylah kot, tapi terasa hambar sikit. Mungkin sbb tak fully enjoy the dinner. Yg penting, tak nampak semua org pun. Mostly kawan2 miza tak pegi dinner and kalau ade yg pegi tu, tak terjumpa kot. Yela, mana nak cari org dlm lautan seribu manusia. Haaa gituuu. adelah dlm 2 3 gambar dengan org lain. Tapi takyah bgtau lah hahahha.

Family potrait. 
Tahun ni pergi berlima dengan Fiza, Mira, Mim & Lina. Mim & Lina ni coursemate Kinah, Lina ni jugak budak praktikum sebelah masa matrik duluuuu. Haih, tetiba rindu matrik pulak hehe. Kitorang selalu gabung kelas utk subjek Kemahiran Dinamika. K miza, out of topic. Itu je kot nk cite pasal dinner kolej. 

Next, we move to another dinner. 23rd May, dekat Bukit Kiara the first dinner of FSKTM uuuuuu. dah tahun tiga akhirnya berkesempatan nak pergi dinner fakulti. Terharu dan sebak jugak. hahaha. Pegi dinner ni pun dengan mixed feeling. Yela, next week nya viva kot. Mana la tak pegi dengan  mixed feeling. haha. Papepun, still enjoyed the night. 

Boleh tahan ramai jugak third year yg join dinner ni. Memula igtkan tak ramai, yelaaa semua duk kate sibuk dengan FYP, tp Alhamdulillah, we managed to join hehehe. Adelah sikit kenangan nak simpan ye dak ?
Ladies :)  Starlight Parade Theme that blinded people with its bright light
Terang gilaaaa lampu dalam gamba kat atas, kesian mereka yg dioverpowered oleh cahaya tuu. sorry yeee tak nampak gmba korang sangat. Makanan sedap, persembahan pun okay, tp kitorang dapat meja yg takdak lampu. haha. Gelap habis. Belakang sekali pulak tuu. mmg tak dpt nak fokus abes lah kan dengan flow majlis. haha. Maaf ye. Dinner ni buffet style, korang taktau mcm mana kitorang amek makanan tuuu. hahaa. penuh satu meja. 7 orang je pun, tapi makanan mcm utk 15 org. Boleh tahan jugak perut kitorang. Tp byk jugak export ke meja lain sbb tak mampu nak makan dah. haha. Venue dinner ni kat open space, belakang kitorang tu pool kot. Bahang jugak lah malam tu. Tapi as long as we enjoy ourselves, it doesn't matter anyway.

So, Alhamdulillah college dinner & faculty dinner checked!

3. WISHLIST

Well, sejak masuk UM, boleh tahan byk jugak wishlist nak buat sepanjang duduk di UM. Tp yg paling memorable utk tahun tiga ni, antaranya rekreasi. PERMAS (Persatuan Mahasiswa Selangor) UM yg anjurkan program REBEX  (Relax Before Exam) . Silap masa second year tak join. sobsob. ke tak dibuat , miza pun tak sure. tapi mmg selalu join program REBEX. Masa first year join dekat Bukit Cahaya Shah Alam. Untuk yang third year, buat di Sungai Chiling. Uuuuuu, mmg chilling abes dekat sana. Seronok sgt, redah anak sungai nak smpai puncak tuu. Pagi tu hujan turun renyai2, licin jugak lah nak redah. Terjatuh dalam sungai tak payah cakap banyak kali. Heheheh. Tp mmg healing betul bila dah smpai puncak dan berendam utk satu jam lebih la kot. Tq Permas sbb adakan program mcm ni. Moga tahun depan boleh join for the last time ^^ 

REBEX Anjuran PERMAS

Broga Hills 
 Dari first year duk ckp nak panjat Broga, Alhamdulillah the opportunity came during my third year. Yuhuuuuu. Terima kasih Dila & Zati Hasan orang kuat KSR yang tlg daftarkan miza. Dahlah jd org kedua dlm trip yg naik Broga, tp separuh jalan dah semput. Jadi, suruh org lain naik dulu, lama jugak stop before smbung naik atas hehehe. Tp lega sbb berjaya jugak sampai puncak. Lagi manis bila pergi dengan kawan kawan. Kan ? Hehehe. Bila pulak nak panjat Bukit API ngan Bukit Cinta ni ? Hewhew Kalau ada rezeki, nak jugak pegi trekking mana mana bukit. In shaa Allah :)

Yeahhhh! Mission accomplished ^^

4. CIKI, I MISS YOU

The first cat that I feel attached to. Huhuhu. Rindunyaaaaa dekat Ciki. Semoga tenang di sana.  Masa tu tgh mid term break kot. Bangun2 pagi duk dengar kucing mengiau dari Subuh. Cari2 jugak, tak jumpa. Cari lagi sekali, baru nampak Ciki dekat belakang rumah, dengan menggigilnya dia. Baru lepas hujan, Kesian sgt dia, tak sampai hati. Miza bawak masuk rumah. Nasib baik mak bagi. hehe. Beberapa hari jugak die nak familiarkan dengan rumah. Ciki suka sgt ikut org keluar rumah. Satu hari tu, mak keluar g kedai, dia pun ikut jugak tp separuh jalan. Pastu mak smpai rumah, bagitau yang Ciki luka kena gigit dengan kucing jantan dewasa. Masa tu nafas Ciki dah lemah dah, Kedai vet tak bukak lagi. Puas cari akhirnya kat Seksyen 23, kedai tu bukak awal sikit. Trus hantar ciki jumpa vet. Nasib baik takde pape, sbb bagi Ciki oxygen and Dr. bagi ubat semualah.

After few days, die dah okay. Lincah lagi. Tapi waktu tu dah nak balik UM balik. so, tak dpat nak jaga Ciki lama2. So, pesan kat family mintak jagakan. Alhamdulillah, die makin sihat. After 2 weeks kat UM, kononnya nak balik rumah mmg nak jumpa Ciki. Tp, balik2 je ayah ckp Ciki dah takde. Sampai rumah pukul 11. Pukul 9 ayah dah kebumikan dia. Ayah ckp wktu nak bagi Ciki makan pagi tu, Ciki dah tak gerak dah. Takpelah, bukan rezeki miza nak jaga kucing lama2. Will be missing you, Ciki.
Ciki :'( 

5. TUNANG

Tunang? yang penting bukan miza lah kan haha. Jgn risau, nnt miza tunang miza takkan bagitau, korang kene tunggu kad kawin je. Eh? hahahha. Actually, Bulan 2 hari tuu, kakak miza tunang. Alhamdulillah,tahniah akak. In shaa Allah bulan 8 ni majlisnyaa :3 


Takde gamba dengan kakak sobsob sbb miza yg jd photographer nyaa

Beautiful sister :) 

Bulan 3 aritu pulak, sepupu miza, lina dah tunang jugak. Sepupu sama umur, tp die yg tunang dulu. rasanya die jugak la kot yg langsung duluuu. haha. Tahniah lina, ku tunggu majlis mu nnt :) 

Lovely cousin :) 

 6. MYAPPSTEC

 First time join bende macam ni. Android Development Training yg dianjurkan oleh FSKTM. Boleh dapat tau basic skill on how to develop application wuuuu. hahaha. Mostly students yg join semua yg tgh buat FYP uuuuu.

After that, ade satu pertandingan yg namanya MyAppsTec yg dianjurkan oleh FSKTM. Well, memula mcm terpaksa join tapi tak sangka dpt Bronze Award utk miza punya penyertaan. Terima kasih Dr. Amir  huhu sbb kalau tak suruh miza masuk, tak merasa pengalaman ni ececece. It's a good platform for experiences and network sbb satu malaysia yg join program ni. hihi. Kalau ade rezeki, nak jugak dpt Gold Award. Uhuhuhu



Untuk hari MyAppsTec , jadi AJK instant hahaha. diri sendiri yg volunteer , dari takde buat pape kan utk hari tuuu. Sekali dengan Khai, Fini, Umair dengan Atikah.^^


 7. WALIMAH

For the first time in forever, miza pegi walimah kawan. Sebelum ni tak berkesempatan nak pergi atas kekangan yg tak dapat dielakkan. huhuhu. So, mcm excited nak pegi kenduri Atif ni. Yela, dapat pulak jumpa kawan2 matrik dulu. walaupun dapat jumpa Shera ngan Zatul je, dah cukup happy dah ni. Harap2 next time dapat boleh jumpa semua :) 


Geng SM2K1P6

Barakallah Atif & Ija 


nak cakap many many thanks to Shera & Boboi sbb tlg amek miza dkat KTM. huhu. sbb takde lesen terpaksa gerak dengan public transport dan menmpang org hehe . Terima kasih jugak dekat Zatul & Syafiq sbb hantar miza balik Shah Alam. hehehe. Kalau takde korang, mesti miza kene balik UM balik lepas tu hahaha. Anyway, have a great time with you guys. Kamsahamnida *90degreebow*


Lepas ni tunggu korang punya turn pulak :D 

Gamba dengan pengantin ^^ 

 8. FESENI

Cakap pasal Feseni, tahun ni lah first time pegi tgok Feseni. Sebelum ni mmg tak pernah kisahkan sgt Feseni. Sekadar tgok update kat Facebook je. Tp tahun ni pegi sbb nak support kawan miza, Kaknis. Dia masuk nasyid tahun ni. uuuuu. Kuntum kuntum iman~ 




Nasib baik ada kak shida yang nak pegi sekali ngan miza , kalau tak, tak dapatlah nak pegi. huhu. Boleh tahan best jugak suara semua kumpulan. Ada satu kumpulan tu nyanyi lagu zaman2 masa duduk asrama kat SAMTTAJ. Analisa, Analisa, analisa siapa kitaaa~ Menggamit memori betul hehehe. Anyway, mmg best. 

With beautiful kaknis ^^ 


 9. MULTIMEDIA


From left : miza, khai, kaknis, chak, marul, azreen, shabil 
Nak cite sikit pasal multimedia coursemate. huhu. Yg kat atas ni separuh je. Well, ni yg malay je. ade lagi budak chinese tp diorang x join. gambar ni first time kitorang keluar makan reramai. Mohon lepas ni kite keluar lagi before study week, atau pun before puasa, miza tau korang baca blog ni hahaha. 

Khai : budak yg duduk dekat Slim River, Perak. Kalau dengan dia , tak pernah nak rasa marah. Mesti ade je benda yang nak digelakkan. Taktau nak cakap apa lagi pasal Khai ni. Yang penting, die dah berpunya tau hahahaha. Sorry khai. Selalu jugak together2 ngan kaknis kitorang buat sesi luahan perasaan. Yela, kitorang 3 orang je perempuan Melayu. Selalu bertiga je lah kalau buat assignment. 

Kaknis : Orang kedah yg selalu jugak terkeluar loghat nyaa smpai kadang2 miza tak paham. Tapi best sbb dapat belajar bahasa baru. Terkejut jugak sbb kaknis kenal cakoi, tp tak penah panggil cakoi, tp paktungku (taktau betul ke tak ejaan). 

Chak ; Paling banyak loyar buruk sekali dengan marul hahaha. Kadang2 penat nk layan. Tapi chak best sbb dia la yg drive bawak kami yg gadis2 ni kalau kitorang keluar. Terima kasih, chak :) 

Marul : Ketua segala loyar buruk . Klau bab kenakan org, nombor satu. kalau die yg terkena, ayat cliche die "Terpulang". Status marul ni masih menjadi tanda tanya hahaha. Sebenarnya dah ada bukti, mgkin kene cari eviden yg paling kritikal . hahaha. 

Azreen : Abam polis kite yang selalu MIA. Nasib baik time nak keluar die tak MIA. Pendiam jugaklah, tapi bila dia dah bercakap, sama level je ngan amarul ngan chak. hahaha. Org johor dan status dia ni pun diragui . hahah. 

Shabil : Die ni pandai sangat . Jeles sikit ngan shabil haha. Bila die ckp taktau die tgh marah ke, tgh tanya soalan ke ape ke. Susah nak detect sbb intonasi die sama je spanjang masa. hehe. 


Okay mohon jgn marah ye semua ! I heart you guys :) Shabil dah nak intern dah sem depan, so, please lah keluar lagi hahahaha. 


10. TAKPE, ALLAH KAN ADA :') 

 Pasal ni, mungkin agak personal bg miza, tp up to you guys lah nk tafsirkan macam mana. hehe. somewhere in march, miza heartbroken sikit. sikit je, tak banyak pun. jangan risau yeee. hehe. Tapi biasalah, healing process tu might take some time..

I'm totally grateful that I have friends that great in giving advise to me and Alhamdulillah, the healing process take shorter time than I expected. I'm just happy. Kawan cakap sbb miza dah betul2 redha, that's why I can accept the decision in more mature way. Huuuuuuu. Bukan main lagi hahaha.

will keep smiling even if it's hurt
 Tipu kalau cakap tak ingat. Biasalah, memories will keep coming to us. 'Cause they are memories. Hahaha. Just can't wait for October so that semuanya akan pergi sepenuhnya. Hehehe. Tapi, itulah, I've tried my best. Afterall, miza doakan yang terbaik. Perancangan Allah is still the best plan for me.
Sekarang ni, miza cuba utk jd terbaik mengikut kemampuan miza.


Banyak jugak sbb utk miza heartbroken ni, tapi it's okayy. Sbb dengan heartbroken ni lah, miza bangkit balik. Cewaaahhh, Study, family, friends, macam macam lagi yg kite akan ada konflik, "Just keep smiling, there's nothing that you can't overcome".  Miza quote ni dari drama Smiling Pasta. It's a good quote to hold every time you down.

Lagi satu, Allah kan ada ;') Jangan pernah hilang kebergantungan kepada Allah. Dia tak akan menguji kita melebihi kemampuan kita. Sbb Allah tau kita mampu atasi ujian itu, So, move on and let's go towards a better future in shaa Allah. ^^



Pendek jugak rupanya miza ni. Dengan Kyungsoo tade T___T 
Maaf, gambar yg takde kaitan langsung dengan topik. huhu. saje je nak letak . bergambar dengan placard pun boleh lahhhhhh dari tade hahahahahhaha

Baekhyun ^^ 

Hati perempuan. :P 

Okaylahhhhh, rasanya itu jelah kot yg miza nak share. Rasanya semua psal life miza sepanjang tahun 3 di UM. Topik last tu rasanya bolehlah kot kite amek iktibar kan ? hehehe. Papepun, sentiasa jaga diri, jaga iman, jaga amal semuaaaaa ^^ Miza pergi dulu. Rasanya dah boleh sambung buat report dan baki2 assignment. lebih kurang seminggu je nak abes semester ni. Bittaufiq wannajah utk sesiapa yang tgh exam termasuk utk abg miza. :) Tata everyone !


 Till then, Assalamualaikum :)