years of experience! (:

Daisypath Anniversary tickers

30 May 2015

Rant rant rant

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

Apa khabar semuanya? Diharap semuanya sihat2 belaka dan sentiasa dirahmati Allah. Ya Allah, dah berhabuk rupanya blog miza ni haha. nampak tak lama dah tak update blog ni. nak masuk dua tahun rupanya . uhuk uhuk uhuk .

Saje je nak mention miza baru je lepas setel viva (presentation) untuk FYP (Final Year Project) 1. Niat di hati nak sambung menulis cerita yang miza pun dah tinggalkan berkurun. Tapi adelah kawan miza ni duk sibuk suruh update blog hahahha (maap najuwin :P ) jadi terhasil lah post ni.

WARNING : THIS POST MIGHT CONTAIN LONG CONTENT. READ AT YOUR OWN RISK. 


Warning kat atas ni mmg betul tauu. tak tipu. mmg panjangla kot. mmg nak rant pasal ape yg berlaku sepanjang tahun ketiga miza kat UM. wow. tahan je lah eh, miza dah lama gila tak update ni. harap dapat memahami lah eh. *menaip sambil chat di Facebook sambil dengar playlist Youtube* 

p/s: cerita ini tidak mengikut turutan tarikh dan masa. random je ni. hikhik. Selamat membaca ! 

1. dari KUAZ ke ROYAL 


Budak UM mesti tau kan ape yg berlaku hahaha. Well, dua tahun tau miza duduk kat KUAZ, but for my third year pindah ke ROYAL. Mula2 tu, haaa bukan main payah lagi nak move on. Konon kuatlah bonding ngan KUAZ. (tp mmg kuat pun haha) Yela, dulu boleh tahan aktif sikit la kat KUAZ, tp bila masuk ROYAL, miza jadi rakyat biasa je haha. tak mampu dah nak aktif2 ni. maklumlah dah jd senior ni, mulalah sibuk ngan itu ini , FYP blaa blaa blaa. actually, boleh je nak grab peluang nak jadi aktif, tp miza je yang mmg nak resign dr semua ini. Haha.

Alhamdulillah, Kolej 12 ni pun ade byk kelebihan. walaupun tinggi, ada lif (walaupun kadang2 lambat) hikhik. pastu, ada balkoni yg jadi port miza tetiap petang. Boleh tgok org main sukan. haha. miza mmpu tgok je. nak turun join main sukan, terima kasih lah eh :P Makanan pun okaylah, senang nak dpat. Yang penting, dapat beli buah hari hari ^^ Cuma dulu, kalau kat KUAZ kene amek satu bas je, sbb dekat dengan API (Akademi Pengajian Islam) , tapi sekarang nak pegi kelas kene amik dua bas. sobsob. takpelah, as long as miza sampai ke kelas ye dak? hehehe.


2. DINNER DINNER DINNER

Ni tahun last kot join dinner, walaupun boleh refund tanak g dinner, miza gagahkan jugak utk pergi dinner. huhu. tp tahun ni roomate miza tak dpt join, sobsob. sedihnyaa. takpelah kinah, nnt kite g dinner utk roomate pulak ;) 

Tahun ni dinner buat kat Royale Chulan Kuala Lumpur. Uuuuuuu, setakat ni dinner rasanya semua kat tempat2 besar. Macam first year, kat Palace of Golden Horses, second year kat Sunway Hotel. Well, masa ni je lah nak pegi tempat2 mcm ni. Nak pegi sendiri tuu, pikir beribu kali jugak lah haha. Tahun ni punya dinner jugaklah baru dpt merasa semeja ngan kengkawan hehee. sebelum ni jadi AJK dinner n tahun lepas duduk semeja dengan jtk. 

Alaaaa, tak ready lagi ni bang! 
Overall okaylah kot, tapi terasa hambar sikit. Mungkin sbb tak fully enjoy the dinner. Yg penting, tak nampak semua org pun. Mostly kawan2 miza tak pegi dinner and kalau ade yg pegi tu, tak terjumpa kot. Yela, mana nak cari org dlm lautan seribu manusia. Haaa gituuu. adelah dlm 2 3 gambar dengan org lain. Tapi takyah bgtau lah hahahha.

Family potrait. 
Tahun ni pergi berlima dengan Fiza, Mira, Mim & Lina. Mim & Lina ni coursemate Kinah, Lina ni jugak budak praktikum sebelah masa matrik duluuuu. Haih, tetiba rindu matrik pulak hehe. Kitorang selalu gabung kelas utk subjek Kemahiran Dinamika. K miza, out of topic. Itu je kot nk cite pasal dinner kolej. 

Next, we move to another dinner. 23rd May, dekat Bukit Kiara the first dinner of FSKTM uuuuuu. dah tahun tiga akhirnya berkesempatan nak pergi dinner fakulti. Terharu dan sebak jugak. hahaha. Pegi dinner ni pun dengan mixed feeling. Yela, next week nya viva kot. Mana la tak pegi dengan  mixed feeling. haha. Papepun, still enjoyed the night. 

Boleh tahan ramai jugak third year yg join dinner ni. Memula igtkan tak ramai, yelaaa semua duk kate sibuk dengan FYP, tp Alhamdulillah, we managed to join hehehe. Adelah sikit kenangan nak simpan ye dak ?
Ladies :)  Starlight Parade Theme that blinded people with its bright light
Terang gilaaaa lampu dalam gamba kat atas, kesian mereka yg dioverpowered oleh cahaya tuu. sorry yeee tak nampak gmba korang sangat. Makanan sedap, persembahan pun okay, tp kitorang dapat meja yg takdak lampu. haha. Gelap habis. Belakang sekali pulak tuu. mmg tak dpt nak fokus abes lah kan dengan flow majlis. haha. Maaf ye. Dinner ni buffet style, korang taktau mcm mana kitorang amek makanan tuuu. hahaa. penuh satu meja. 7 orang je pun, tapi makanan mcm utk 15 org. Boleh tahan jugak perut kitorang. Tp byk jugak export ke meja lain sbb tak mampu nak makan dah. haha. Venue dinner ni kat open space, belakang kitorang tu pool kot. Bahang jugak lah malam tu. Tapi as long as we enjoy ourselves, it doesn't matter anyway.

So, Alhamdulillah college dinner & faculty dinner checked!

3. WISHLIST

Well, sejak masuk UM, boleh tahan byk jugak wishlist nak buat sepanjang duduk di UM. Tp yg paling memorable utk tahun tiga ni, antaranya rekreasi. PERMAS (Persatuan Mahasiswa Selangor) UM yg anjurkan program REBEX  (Relax Before Exam) . Silap masa second year tak join. sobsob. ke tak dibuat , miza pun tak sure. tapi mmg selalu join program REBEX. Masa first year join dekat Bukit Cahaya Shah Alam. Untuk yang third year, buat di Sungai Chiling. Uuuuuu, mmg chilling abes dekat sana. Seronok sgt, redah anak sungai nak smpai puncak tuu. Pagi tu hujan turun renyai2, licin jugak lah nak redah. Terjatuh dalam sungai tak payah cakap banyak kali. Heheheh. Tp mmg healing betul bila dah smpai puncak dan berendam utk satu jam lebih la kot. Tq Permas sbb adakan program mcm ni. Moga tahun depan boleh join for the last time ^^ 

REBEX Anjuran PERMAS

Broga Hills 
 Dari first year duk ckp nak panjat Broga, Alhamdulillah the opportunity came during my third year. Yuhuuuuu. Terima kasih Dila & Zati Hasan orang kuat KSR yang tlg daftarkan miza. Dahlah jd org kedua dlm trip yg naik Broga, tp separuh jalan dah semput. Jadi, suruh org lain naik dulu, lama jugak stop before smbung naik atas hehehe. Tp lega sbb berjaya jugak sampai puncak. Lagi manis bila pergi dengan kawan kawan. Kan ? Hehehe. Bila pulak nak panjat Bukit API ngan Bukit Cinta ni ? Hewhew Kalau ada rezeki, nak jugak pegi trekking mana mana bukit. In shaa Allah :)

Yeahhhh! Mission accomplished ^^

4. CIKI, I MISS YOU

The first cat that I feel attached to. Huhuhu. Rindunyaaaaa dekat Ciki. Semoga tenang di sana.  Masa tu tgh mid term break kot. Bangun2 pagi duk dengar kucing mengiau dari Subuh. Cari2 jugak, tak jumpa. Cari lagi sekali, baru nampak Ciki dekat belakang rumah, dengan menggigilnya dia. Baru lepas hujan, Kesian sgt dia, tak sampai hati. Miza bawak masuk rumah. Nasib baik mak bagi. hehe. Beberapa hari jugak die nak familiarkan dengan rumah. Ciki suka sgt ikut org keluar rumah. Satu hari tu, mak keluar g kedai, dia pun ikut jugak tp separuh jalan. Pastu mak smpai rumah, bagitau yang Ciki luka kena gigit dengan kucing jantan dewasa. Masa tu nafas Ciki dah lemah dah, Kedai vet tak bukak lagi. Puas cari akhirnya kat Seksyen 23, kedai tu bukak awal sikit. Trus hantar ciki jumpa vet. Nasib baik takde pape, sbb bagi Ciki oxygen and Dr. bagi ubat semualah.

After few days, die dah okay. Lincah lagi. Tapi waktu tu dah nak balik UM balik. so, tak dpat nak jaga Ciki lama2. So, pesan kat family mintak jagakan. Alhamdulillah, die makin sihat. After 2 weeks kat UM, kononnya nak balik rumah mmg nak jumpa Ciki. Tp, balik2 je ayah ckp Ciki dah takde. Sampai rumah pukul 11. Pukul 9 ayah dah kebumikan dia. Ayah ckp wktu nak bagi Ciki makan pagi tu, Ciki dah tak gerak dah. Takpelah, bukan rezeki miza nak jaga kucing lama2. Will be missing you, Ciki.
Ciki :'( 

5. TUNANG

Tunang? yang penting bukan miza lah kan haha. Jgn risau, nnt miza tunang miza takkan bagitau, korang kene tunggu kad kawin je. Eh? hahahha. Actually, Bulan 2 hari tuu, kakak miza tunang. Alhamdulillah,tahniah akak. In shaa Allah bulan 8 ni majlisnyaa :3 


Takde gamba dengan kakak sobsob sbb miza yg jd photographer nyaa

Beautiful sister :) 

Bulan 3 aritu pulak, sepupu miza, lina dah tunang jugak. Sepupu sama umur, tp die yg tunang dulu. rasanya die jugak la kot yg langsung duluuu. haha. Tahniah lina, ku tunggu majlis mu nnt :) 

Lovely cousin :) 

 6. MYAPPSTEC

 First time join bende macam ni. Android Development Training yg dianjurkan oleh FSKTM. Boleh dapat tau basic skill on how to develop application wuuuu. hahaha. Mostly students yg join semua yg tgh buat FYP uuuuu.

After that, ade satu pertandingan yg namanya MyAppsTec yg dianjurkan oleh FSKTM. Well, memula mcm terpaksa join tapi tak sangka dpt Bronze Award utk miza punya penyertaan. Terima kasih Dr. Amir  huhu sbb kalau tak suruh miza masuk, tak merasa pengalaman ni ececece. It's a good platform for experiences and network sbb satu malaysia yg join program ni. hihi. Kalau ade rezeki, nak jugak dpt Gold Award. Uhuhuhu



Untuk hari MyAppsTec , jadi AJK instant hahaha. diri sendiri yg volunteer , dari takde buat pape kan utk hari tuuu. Sekali dengan Khai, Fini, Umair dengan Atikah.^^


 7. WALIMAH

For the first time in forever, miza pegi walimah kawan. Sebelum ni tak berkesempatan nak pergi atas kekangan yg tak dapat dielakkan. huhuhu. So, mcm excited nak pegi kenduri Atif ni. Yela, dapat pulak jumpa kawan2 matrik dulu. walaupun dapat jumpa Shera ngan Zatul je, dah cukup happy dah ni. Harap2 next time dapat boleh jumpa semua :) 


Geng SM2K1P6

Barakallah Atif & Ija 


nak cakap many many thanks to Shera & Boboi sbb tlg amek miza dkat KTM. huhu. sbb takde lesen terpaksa gerak dengan public transport dan menmpang org hehe . Terima kasih jugak dekat Zatul & Syafiq sbb hantar miza balik Shah Alam. hehehe. Kalau takde korang, mesti miza kene balik UM balik lepas tu hahaha. Anyway, have a great time with you guys. Kamsahamnida *90degreebow*


Lepas ni tunggu korang punya turn pulak :D 

Gamba dengan pengantin ^^ 

 8. FESENI

Cakap pasal Feseni, tahun ni lah first time pegi tgok Feseni. Sebelum ni mmg tak pernah kisahkan sgt Feseni. Sekadar tgok update kat Facebook je. Tp tahun ni pegi sbb nak support kawan miza, Kaknis. Dia masuk nasyid tahun ni. uuuuu. Kuntum kuntum iman~ 




Nasib baik ada kak shida yang nak pegi sekali ngan miza , kalau tak, tak dapatlah nak pegi. huhu. Boleh tahan best jugak suara semua kumpulan. Ada satu kumpulan tu nyanyi lagu zaman2 masa duduk asrama kat SAMTTAJ. Analisa, Analisa, analisa siapa kitaaa~ Menggamit memori betul hehehe. Anyway, mmg best. 

With beautiful kaknis ^^ 


 9. MULTIMEDIA


From left : miza, khai, kaknis, chak, marul, azreen, shabil 
Nak cite sikit pasal multimedia coursemate. huhu. Yg kat atas ni separuh je. Well, ni yg malay je. ade lagi budak chinese tp diorang x join. gambar ni first time kitorang keluar makan reramai. Mohon lepas ni kite keluar lagi before study week, atau pun before puasa, miza tau korang baca blog ni hahaha. 

Khai : budak yg duduk dekat Slim River, Perak. Kalau dengan dia , tak pernah nak rasa marah. Mesti ade je benda yang nak digelakkan. Taktau nak cakap apa lagi pasal Khai ni. Yang penting, die dah berpunya tau hahahaha. Sorry khai. Selalu jugak together2 ngan kaknis kitorang buat sesi luahan perasaan. Yela, kitorang 3 orang je perempuan Melayu. Selalu bertiga je lah kalau buat assignment. 

Kaknis : Orang kedah yg selalu jugak terkeluar loghat nyaa smpai kadang2 miza tak paham. Tapi best sbb dapat belajar bahasa baru. Terkejut jugak sbb kaknis kenal cakoi, tp tak penah panggil cakoi, tp paktungku (taktau betul ke tak ejaan). 

Chak ; Paling banyak loyar buruk sekali dengan marul hahaha. Kadang2 penat nk layan. Tapi chak best sbb dia la yg drive bawak kami yg gadis2 ni kalau kitorang keluar. Terima kasih, chak :) 

Marul : Ketua segala loyar buruk . Klau bab kenakan org, nombor satu. kalau die yg terkena, ayat cliche die "Terpulang". Status marul ni masih menjadi tanda tanya hahaha. Sebenarnya dah ada bukti, mgkin kene cari eviden yg paling kritikal . hahaha. 

Azreen : Abam polis kite yang selalu MIA. Nasib baik time nak keluar die tak MIA. Pendiam jugaklah, tapi bila dia dah bercakap, sama level je ngan amarul ngan chak. hahaha. Org johor dan status dia ni pun diragui . hahah. 

Shabil : Die ni pandai sangat . Jeles sikit ngan shabil haha. Bila die ckp taktau die tgh marah ke, tgh tanya soalan ke ape ke. Susah nak detect sbb intonasi die sama je spanjang masa. hehe. 


Okay mohon jgn marah ye semua ! I heart you guys :) Shabil dah nak intern dah sem depan, so, please lah keluar lagi hahahaha. 


10. TAKPE, ALLAH KAN ADA :') 

 Pasal ni, mungkin agak personal bg miza, tp up to you guys lah nk tafsirkan macam mana. hehe. somewhere in march, miza heartbroken sikit. sikit je, tak banyak pun. jangan risau yeee. hehe. Tapi biasalah, healing process tu might take some time..

I'm totally grateful that I have friends that great in giving advise to me and Alhamdulillah, the healing process take shorter time than I expected. I'm just happy. Kawan cakap sbb miza dah betul2 redha, that's why I can accept the decision in more mature way. Huuuuuuu. Bukan main lagi hahaha.

will keep smiling even if it's hurt
 Tipu kalau cakap tak ingat. Biasalah, memories will keep coming to us. 'Cause they are memories. Hahaha. Just can't wait for October so that semuanya akan pergi sepenuhnya. Hehehe. Tapi, itulah, I've tried my best. Afterall, miza doakan yang terbaik. Perancangan Allah is still the best plan for me.
Sekarang ni, miza cuba utk jd terbaik mengikut kemampuan miza.


Banyak jugak sbb utk miza heartbroken ni, tapi it's okayy. Sbb dengan heartbroken ni lah, miza bangkit balik. Cewaaahhh, Study, family, friends, macam macam lagi yg kite akan ada konflik, "Just keep smiling, there's nothing that you can't overcome".  Miza quote ni dari drama Smiling Pasta. It's a good quote to hold every time you down.

Lagi satu, Allah kan ada ;') Jangan pernah hilang kebergantungan kepada Allah. Dia tak akan menguji kita melebihi kemampuan kita. Sbb Allah tau kita mampu atasi ujian itu, So, move on and let's go towards a better future in shaa Allah. ^^



Pendek jugak rupanya miza ni. Dengan Kyungsoo tade T___T 
Maaf, gambar yg takde kaitan langsung dengan topik. huhu. saje je nak letak . bergambar dengan placard pun boleh lahhhhhh dari tade hahahahahhaha

Baekhyun ^^ 

Hati perempuan. :P 

Okaylahhhhh, rasanya itu jelah kot yg miza nak share. Rasanya semua psal life miza sepanjang tahun 3 di UM. Topik last tu rasanya bolehlah kot kite amek iktibar kan ? hehehe. Papepun, sentiasa jaga diri, jaga iman, jaga amal semuaaaaa ^^ Miza pergi dulu. Rasanya dah boleh sambung buat report dan baki2 assignment. lebih kurang seminggu je nak abes semester ni. Bittaufiq wannajah utk sesiapa yang tgh exam termasuk utk abg miza. :) Tata everyone !


 Till then, Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment