years of experience! (:

Daisypath Anniversary tickers

Calendar

You might want to check it out ! ^^

18 January 2013

Persediaan mental dan rohani.


Assalamualaikum :) 

Alhamdulillah. dah masuk 7 Rabiul Awal 1434H. Maghrib semalam, 6 Rabiul Awal 1434H, miza dah pun mencapai umur 20 tahun. ikut kalendar Hijrah lah. kalau ikut Masihi, saya masih muda lagi :P okay . dah start perasan dah minah sorang ni. :P haahaha.

Alhamdulillah, dah 20 tahun bernafas di muka bumi ini. masih lagi diberi kesempatan untuk hidup dan menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah. 

Minggu peperiksaan dah pun tamat. Selasa lepas. tapi miza tinggal di KUAZ. kononnya nak keluar dengan senior. tapi sehari duduk kat sane, dah betah. kebosanan melanda. itulah manusia. tidak pernah puas dengan apa yang dinikmatinya. miza putuskan utk balik ari khamis. uishhhh, kemain kan. poyo poyo je.

Hari pertama cuti lepas berjuang abes abesan dalam peperiksaan. Result dah keluar. oh mak aihhh, pedih ulu hati. buat spoil jee laaaa. Semangat pulak datin nak keluarkan result awal awal. Hasilnya, tak memberansangkan tapi miza bersyukur sangat :) Alhamdulillah. At least tak memerlukan miza utk repeat subject itu. 

Memang waktu cuti ni , memang kita kena kuatkan mental dan rohani kita. Bersedia dengan keputusan peperiksaaan yang bakal kita dapat. Lepas kita dah usaha. doa dan tawakkal itu penting. Berdoa supaya kita diberi kejayaan. InsyaAllah. Nanti bila dah dapat , kalau menggembirakan , jangan lupa ucapkan syukur. Kalau kurang , jgn murung. kite kena redha dengan perancanganNya. jangan menyalahkan sesiapa. mungkin bukan rezeki kita utk berjaya. InsyaAllah, mana tau turn kita pulak kan ? :) 

Miza tulis ni utk diri miza jugak. kita boleh saling mengingati kan ? :) hurm, cuti cuti jugak ye kawan kawan degree. jangan lupa utk daftar kursus pulak ye. Macam miza, kene pilih major pulak. eh eh, pening jugaklah kan. doakan miza supaya miza dapat buat keputusan yang betul. InsyaAllah. Still ada masa utk fikirkan semua tu. 

Okaylah. itu je kot. Sampai di sini saja nukilan miza hari ni. eceehhhh, cam skema pulak post kali ni. Serious gitu. dah la tade gambar kan ? bosan jeee. okayylaaaa. 

Last picture for Sem I 2012/2013


Have a happy holiday, everyone! :) 

 Till then, Assalamualaikum :)

1 comment: