years of experience! (:

Daisypath Anniversary tickers

Calendar

You might want to check it out ! ^^

07 November 2011

sudah ketetapan ilahi.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah , miza selamat sampai dari kg hampir pukul 2 pagi tadi.
Alhamdulillah Allah melindungi perjalanan keluarga miza :)

Hari ni , miza nak bercerita sedikit.
Sebelum itu , salam takziah buat sahabat miza (capital A)  yang baru saja kehilangan ayah, kakak serta adiknya Sabtu lalu.
Semoga rohnya dilimpahi rahmatNya dan berada dalam kalangan orang yang beriman.

Sejujurnya, miza sebenarnya sangat terkejut dengan berita ini. Mesti korang tertanya-tanya kenapa miza menulis sebegini , sbb mmg dia ni , salah seorang sahabat yang bg miza sangat baik. Selalu bg dorongan dan sokongan.

Family miza pun terkejut bila dengar pasal berita ni , sbb serasa miza . miza kot orang terakhir yang nampak dia bersama keluarganya.

Ceritanya macam ni, kejadiannya berlaku hari Sabtu.

Miza dan keluarga nak bertolak ke Pahang, sebelum tu , singgah di Petronas dan Esso di Seksyen 18 utk isi minyak . huhu. tak sangka miza jumpa sahabat miza ni dkat sana , sbb sblum ni kitorang msg je . dah lama sangat tak jumpa , sbb masing2 busy ngan urusan study kan.

Miza dalam kereta dan dia berjalan dengan arwah kakaknya. Dia perasan miza dalam kereta dan dia lambai tangan kat miza sebelum masuk ke dlam Petronas. Lepas dah isi minyak smua tu , kitorang pun mulakan perjalanan. Dalam perjalanan balik tu , A msg miza . terkejut jugak dia msg miza. :)

Ini miza selitkan perbualan msg miza ngan dia. M-miza , A-sahabat.

A-morning :) pegi mana tu?
M-Assalamualaikum. morning. :) nak balik kg. Kau pulak ?
A- Aku pegi sume stesen minyak kt 18. pastu blik kg jugak. Kau balik mana ?
M-Knpe kau pegi sume stesen minyak? aku blik phg. Kau plak balik mana?
A-Akak aku nak topup Yes dia tu. Aku balik trganu ni. Selamat pulang.
M-Oh. okay, selamat pulang ;) 
so, masa dalam perjalanan balek tu. Jem la pulak kannn , so macam bosan , miza text la dia pulakkk.

M-dah sampai mane da? Jem pulak,
A-Aku kt karak. tak dpt buat ape, ramai betul manusia naik kete.
M-Cptnye da kat karak, ak kat genting sempah . Pergh, penat gle even tak drive,
A-Karak bukan belakang lg ke ? ak kat genting smpah da skrg.
M-Karak lme lagi la. Kirenye kau kat blakang ah ni? Kau dah msuk trowong blum?
A-Ahaa, aku silap :P aku dah masuk dah. entah skrg pun aku taktau kt ne . kiri kanan hutan je.
M-Haha.okay2. Aku da kat janda baik ni.
A-Kau kat blkang aku la tu. Klu jmpe kau kat highway ni mmg bertuahlaa :)
M-Bertuah asal pulak ?
A-Cm pelik lah. haha. tak penah 18 thun aku hidup jmpe mmber kat highway cmni :P kete ayh kau alza kan?
M-A'ah. Kau naek kete ape ?
A-Aku naik kete kodok je. nnti klu kau jmpe kete kodok kau msg. haha
M-Ckplah btol2. Ngek tol lah. Haha.
A- Aku naik innove ye. Tp aku rse mybe tak dpt jmpe lah sesak2 ni. kau pun jauh kot.
M- Innova? pergh, kau senanye kat dpan ke kat blkg aku ni?
A- Ye lah, skrg mnelah aku tau kau kt blkg ke kat dpn. Kau kt phg je kan ? dekat lah tu, aku aku lama lg nak smpai.
M-Jauh lg lah . Biase aku blik pn 5jam. kalau jem kompem lg lame seh,
A-Ohh, tpi aku penah weh sampai 8 jam dlu, mmg penah aku. time tu nak balik shah alam.satu bdn kebas.
M-Tau tape weh, lbeh kurang je, aku pn da pnat duk dalam kete.
A-Kau brjalan pulak dlam kete tu :P
M-Mmg dlam kete boleh jalan2 kan, ak da smpai tol da, pergh , mmg byk gile kete.
A-sah2 kau jauh dr aku ni, takda harapan dah. weh , crdt aku low oh .
M-Okaylah, semoge slamat sampai, kdit aku pun low gk. Assalamualaikum ;)
A-Trimas. :) berhati2 d jalan raya
 perkataan yang 1st diboldkan. ayat tu sbnrnye buat miza rasa pelik. tau tau kenape. 2nd bold tu , dia mmg jenis yg suka loyar buruk. tp best lahhh :)

dah mmg takdir , waktu di R&R Gambang , miza ngan keluarga berhenti utk solat zohor. miza terserempak dengan A, terkejut jugak miza masa tu. mmg tak sgka. dia baru keluar dari surau , miza pulak tgh tunggu family miza. lpas dia kluar dari tandas  , miza adelah bersembang ngan dia skjap. pstu , kitorang masing2 spend time ngan family , then lepas tu , miza dah tak nampak dia.

then , waktu malam , lepas tgok movie ngan maksu , nak tidur dah , around 12.30 a.m , miza dapat text dari bahiyah yg mengatakan , ayah kakak n adik A meniggal on the way nak balik kg. seriously , sape yg tak terkejut sbb miza jumpe dia ngan family dia petang  tu. so, miza kol bahiyah utk kepastian , dan miza bgtau mak & abg miza. diorang pn terkejut jugakkkk. hurmmm, mmg miza terkejut sgt. sampai terbawak-bawak dalam tidur dan miza mimpi pasal A. ntahlahhh.

Esoknya, tgok berita kul 7.3o pagi, dan mmg btul pasal berita tu, 3 orang yang lain dirawat kat hospital di Kuantan, dkat sangat ngan kg miza. then , miza ckp ngan ayah nak pegi lawat diorang. kbtulan , ayah pun nk lawat saudara kat sane.

miza dapat text dari kawan2 miza. tanye pasal A , and ade yang kate A koma , mmg terkejut, lagilahhh kuat desire nak pegi lawat kann, tapi ade jugak kawan yg ckp dia cedera je , hurm , miza pun taktau cite sebenar nya . smpai lah miza pun pergi hospital .

Tanya kat unit kecemasan  pasal tu kan, then , alhamdulillah A tade pape . adik dan ibunya selamat, cuma masih perlukan waktu utk sembuh , miza ngan ayah pergilah melawat. makcik dia ade kat situ jge adik A. miza tanyelahh A kat mane, rupa2 nya A dah balik marang , uruskan jenazah ayah , kakak dan adeknya. mcam2lahh yang miza n ayah tnye, tayar kereta meletup punca kemalangan. adik A kakinya retak . sebaya adik miza . lpas dah smbang2 , miza bg kata2 smgt kat adek A. Then , trus lawat maknya pulak , pendarahan teruk . perlukan waktu utk rehat. so, miza just tgok je. sedih jugak tgok, tapi nak wat camne dah takdir kan,
alhamdulillah miza ad kesempatan utk melawat. trus miza kol kawan2 miza yg nak tau pasal situasi sbnr.

lpas tu, baru pegi melawat saudara miza ,

then, petang tu, miza tidur skjp , penat sgt, hurmm. tetiba ade unknown num yg kol miza . takut emergency so miza angkat and A yg call. Ya ALLAH , alhamdulillah dia kol. so , miza tanye lahh kenapa kol . dia kol miza sbb dia nak pastikan miza tau .then , miza tanyelahhh dia okay ke tak, alhamdulillah , dia okayy, jenazah dah selamat dikebumikan pagi tu. dah sembang2 , dia cakap terima kasih , miza pun tatau kenapa dia ckp terima kasih kat miza, miza pun tak paham. apa2pun , mmg lega sgt dapat dengar berita dari A. :)

Apa2pun , semoga roh arwah-arwah dicucuri rahmat dan berada dalam kalangan orang beriman . Amin & Al-Fatihah. Semoga ibu & adik A cepat sembuh dan tabah dalam mengharungi kehidupan yang mendatang InsyaALLAH. bersama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat mereka.

Buat A sahabat miza ,
semoga tabah dalam mengharungi kehidupan , sebagai anak lelaki , harap dapat memimpin keluarga dan jaga ibu elokelok ye. ingat , miza dan kawan2 yang lain sntiasa ada di blakang , sentiasa menyokong dan beri dorongan dan kata2 semangat . jgn pernah putus asa dengan rahmatNYA , ingat setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Semoga ALLAH sentiasa melindungimu , insyaALLAH.

3 comments:

  1. miza,alhamdulillah A selamat.
    semoga dia dan keluarga tabah.
    semoga ayah kakak and adiknya ditempatkan dikalangan org beriman.amin. :)

    amira ariffin.

    ReplyDelete
  2. myza, i dont know why i'm crying read your post~
    i think i lost a lot of TEARS due of this case..
    hope the A be strong~

    ReplyDelete