years of experience! (:

Daisypath Anniversary tickers

20 January 2013

Pengakhiran Semester 1 :)


Assalamualaikum :)

apa khabar semua ?
 harap harap sehatlah ye semua :) hehehe. 
okaylahh, actually nak cite sikit lahh. ape yg miza dan kawan kawan miza buat lepas dah abes exam. 
dahlah paper last killer subject wooo. 
Programming tau. sedar tak sedar, dah 3 tahun lebih miza in relationship with Programming.
 kemain kan, pandai nye idok jugakkk . :P hehehehe. 

pegi Taman Jaya je punnn. tak jauh pun. naik LRT kat Stesen U je. pegi kat Lane Kelana Jaya. Kat situ ada Amcorp Mall. hohohoho. 

nak tau kitorang wat ape, hurmmmm. 
g makan je punn. bosang bosang kan.
carik carik tmpat semua cam tak seronok. 
So, last last decide makan A&W je. 


heart you guys always :) 
ohhh, and ada birthday kawan miza yang sorang ni :3 
Lili, birthday die hari ni, so Lilililili, harap harap hang baca eh post blog saya yang tak seberapa ni.

Lili Farah Hani, 
selamat ulang tahun yang ke - 20 ; 
dah besar dah ye awak ye. 
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki sentiasa insyaAllah :) 
Good luck in everything you do , and wish you happy always. 
Have a blast on your birthday todayyyy :)  
Hope that our friendship will never die :3 



kirenye kitorang keluar alang alang celebrate birthday die lah ni. hahaha. 
last minute preparation surprise. Syeralah ni. bagitau lambat sangat . hohoho.
masa ni 15 haribulan kot. gile semangat nak sambut kan ? 
yelaaa. kitorang takut tak sempat nak jumpa je. sbb masing2 dah dok sibuk terpikir rumah masing2 time ni. XD

Rasenye itu je kot. 
k Lili. enjoy your day. 
to my loyal readers, thanks for reading. 


P/S : Encik Nizam, saya nak tanya , kenapa saya tak boleh komen blog awak ye ? Ish, asik awak je komen blog saya. jeles jeles ni ==" 

*nampak sangat statement ni takde kaitan, tapi dah lama dah ada dalam benak fikiran miza ni. eceh, ayat nak drama je. tuih*

okay. ini betul betul . 
tata semuaaaa :) 
 Till then, Assalamualaikum :)

18 January 2013

Persediaan mental dan rohani.


Assalamualaikum :) 

Alhamdulillah. dah masuk 7 Rabiul Awal 1434H. Maghrib semalam, 6 Rabiul Awal 1434H, miza dah pun mencapai umur 20 tahun. ikut kalendar Hijrah lah. kalau ikut Masihi, saya masih muda lagi :P okay . dah start perasan dah minah sorang ni. :P haahaha.

Alhamdulillah, dah 20 tahun bernafas di muka bumi ini. masih lagi diberi kesempatan untuk hidup dan menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah. 

Minggu peperiksaan dah pun tamat. Selasa lepas. tapi miza tinggal di KUAZ. kononnya nak keluar dengan senior. tapi sehari duduk kat sane, dah betah. kebosanan melanda. itulah manusia. tidak pernah puas dengan apa yang dinikmatinya. miza putuskan utk balik ari khamis. uishhhh, kemain kan. poyo poyo je.

Hari pertama cuti lepas berjuang abes abesan dalam peperiksaan. Result dah keluar. oh mak aihhh, pedih ulu hati. buat spoil jee laaaa. Semangat pulak datin nak keluarkan result awal awal. Hasilnya, tak memberansangkan tapi miza bersyukur sangat :) Alhamdulillah. At least tak memerlukan miza utk repeat subject itu. 

Memang waktu cuti ni , memang kita kena kuatkan mental dan rohani kita. Bersedia dengan keputusan peperiksaaan yang bakal kita dapat. Lepas kita dah usaha. doa dan tawakkal itu penting. Berdoa supaya kita diberi kejayaan. InsyaAllah. Nanti bila dah dapat , kalau menggembirakan , jangan lupa ucapkan syukur. Kalau kurang , jgn murung. kite kena redha dengan perancanganNya. jangan menyalahkan sesiapa. mungkin bukan rezeki kita utk berjaya. InsyaAllah, mana tau turn kita pulak kan ? :) 

Miza tulis ni utk diri miza jugak. kita boleh saling mengingati kan ? :) hurm, cuti cuti jugak ye kawan kawan degree. jangan lupa utk daftar kursus pulak ye. Macam miza, kene pilih major pulak. eh eh, pening jugaklah kan. doakan miza supaya miza dapat buat keputusan yang betul. InsyaAllah. Still ada masa utk fikirkan semua tu. 

Okaylah. itu je kot. Sampai di sini saja nukilan miza hari ni. eceehhhh, cam skema pulak post kali ni. Serious gitu. dah la tade gambar kan ? bosan jeee. okayylaaaa. 

Last picture for Sem I 2012/2013


Have a happy holiday, everyone! :) 

 Till then, Assalamualaikum :)

04 January 2013

hilangkan kekusutan anda dengan seni :)

Assalamualaikum semua :) 
Apa khabar ? 
harap harap anda semua sentiasa sihat dan diberkati Allah :) 
insyaALLAH. 

miza tau, sekarang ramai kawan kawan miza sedang berjihad kan ? 
berperang dalam pelajaran demi mencapai cita cita kan ? 

Semalam , miza takde paper. so, teman Kimah g Bangunan Canseleri sbb ada urusan ngan Bendahari.
Masa tu dalam pukul 9 lebih, 
miza cam bosan kan. lepas tu teringat yg Galeri Seni ada kat bangunan tu. 
alang alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan kan ? 
so, kitorang pun naik lah ke aras 5...
Suke naik lif tu, sbb lif tu bersuara :) suka suka ^^ 


Galeri Seni Unversiti Malaya
 okay , dah sampai dah kita kat Galeri Seni 
yeay, akhirnya! 
berjaya jugak miza menjejakkan diri kat sini. 
ari tu , sedih sikit lahh sbb miza tak dapat tgok pameran yg sangat cantik. 
sbb time tu cuti mid sem, so sibuk nak balik kan and terlepas pameran yang best ;)

Maklumat lanjut ttg Galeri Seni. 
 Okay, Pameran kali ni , 
tajuk dia 'ERTI' 
bagi miza, mmg bererti lah setiap karya yang ada kat sini. 
miza mmg suka sangat ngan seni. 
excited dan tenang je tgok karya karya seni ni. 
hilang kekusutan dalam diri. 
seriously, 
tak tipuuu. 
boleh lah hilangkan penat study kejappp. 
hehehe. 

so, miza tamau cakap panjang lagi . 
hayatilah lukisan lukisan ni. 
miza bg tengok sikit jeee. 
yang lain, korang kene pegi tengok sendiri HAHAHAHA *gelakjahat* 






okay, part gambar gambar di bawah ni, 
adalah favourite miza. sangat cantik . seriously :') 


tak sure ape ni, macam ikan pun ade jugakkk ^^

auuu cakkkk ! *silatamparsaya*

from all my favorites, this piece top the list! ^^ 

anjing dan rusa kalau tak silap miza la kan :) 

masyarakat kampung :) 

nama karya ni : Akar 

 Seriously, mmg hebat pelukis karya yang sangat cantik ni :) 
rasanya ade sstgh pelukis ni bukan datang dari background seni. 
mmg hebat dan superb ! 
miza suka seni ! ehehehe
ape ? ingat budak IT tak boleh minat seni ? >,< 

kepada student UM yang rasa nya macam malas nak keluar utk ilangkan tension, 
meh la datang Galeri Seni ni :) 
jimat duit, hati pun senang :)
hehehehhehe. 
bape banyak smiley dah miza letak . hehehehe. 


Selamat datang ke Galeri Seni Universiti Malaya
ada gaya cam duta Galeri Seni tak ? hahahaha

so, student UM , marilah kite menyerbu Galeri Seni . hehehe. 
miza dah tanye abang yg jaga kat sana, 
pameran ni sampai pertengahan Januari ni. 
sempat lagi kalau nak pegi . hehehe. 

student U lain, korang cube2 lah rajin kan pegi tempat2 camni. 
serious, tak rugi ehhhhhhhh :) 

okay lahh, disebabkan korang dah rajin baca post ni , 
gambar bonus untuk korang :P hahahaha

thanks kimah ajak miza pegi bgnn canseleri :) 
okay, itu je kot! hehehehe :) 
sayang korang semua. 
take care and selamat berjuang utk paper2 seterusnya ! :) 

Till then,  Assalamualaikum :) 

31 December 2012

Post terakhir 2012 :)


Assalamualaikum :) 

Okay, sebelum ni kan kate tu post terakhir kan ? hikhik. sorry 
hikhik. ada bnde menarik nak share ngan korang. hikhik. yelaa.
eksited sangat nak menginjak ke umur 20 kan. hohohohoho. 
g lah sibuk sibuk buat status kat FB kan. 
hohohoho. ini statusnyaaa. 


ade komen dari seorang senior fsktm yg mmg menarik perhatian miza. 



terkejut gilaaa bile akak tu cakap pasal bdak fsktm. hahaha. 
sapelahh kannn, tade maknenye budak fsktm gak. rasa kelakar kot. 
knal sangat ngan budak fsktm pun tak, 
padan ngan muka sendiri. berani mati buat statement gilaaa ==" hahaha. 
haha. itu je nak cite . 

bosan kan ? 
hahaha. itu je nak cite, 
menarik bagi miza, tapi kalau tak menarik bg korang, miza tak kisah. 
up to you guys lahhhh :) 

hikhikhik. 
Lebih kurang dari setengah jam nak masuk 2013. 

hohohohoho. 

kbai. 
taktau nak cite ape. 

kepada budak sekolah : selamat menjalani alam persekolahan, make memories as many as you can because you'll miss it in future , just like meeeeee T.T 

kepada budak lepasan SPM : selamat beristirehat selepas berperang. korang ada banyak pilihan nak buat ape, nak keje, nak ambek lesen, nak belaja masak, nak duduk rumah, nak tanam anggur pun bolehh :) 

kepada kawan kawan diploma : selamat menjalani semester baru , semoga sem ni memberi semangat baru kepada anda semuaa :) 

kepada kawan kawan degree : selamat menghadapi minggu peperiksaan, semoga kita dapat menjawab soalan dengan tenang dan mudah. bittaufiq wannajah . lebih kurang 3 minggu je, lepas tu, kite enjoy ye! ^^ 

itu je kot. huhuhu. 
k, ini betul betul ,
selamat tinggal semuaaaa ;) hoohohohoho
 Till then, Assalamualaikum :)

30 December 2012

wish all of us the very best of luck

Assalamualaikum :)

dah lama rasanya tak update blog. rinduuuuu. mungkin ini post terakhir sebelum melangkah ke tahun 2013. ohh, tidak , 2013. 
penanda aras baru dalam hidup miza.
why i said that ? 
sbb umur miza dah ada '2' di depan. T.T 
oh tidak , 
macam tak percaya umur makin meningkat. 
feels like want to stay in my 10's forever. 
tapi tau takkan dapat. hehe.

bila umur dah meningkat , kite pun perlu berfikiran matang. 
tapi tak semestinya kita perlu ubah diri kita sepenhnya. 
cuma perlu berubah mengikut keadaan dan masa. 
mungkin matang dari segi penampilan dan pemikiran. tapi hati miza masih kanak kanak .

Conan Edogawa dan Shinichi Kudo masih lagi menjadi pujaan hingga kini.
si jantung hati :3
tak sanggup nk tinggalkan mereka yg dah jadi sebahagian dari hidup. dari miza kecik sampai ke besar. 
hero dulu, kini dan selamanya :3
dari kecik kot ngan diorang. miza dah besar , tapi diorang ttp mcm tu. hahaha. kelakar. 

okay, mukadimah dah abes. 
nak masuk isi pulak. 
tahun 2013, 
penentu masa depan. ecewahhh.
lebih kurang sehari lebih sebelum masuk alam 2013.
and bermula lah demam peperiksaan bagi semua pelajar Ijazah Sarjana Muda seluruh Malaysia.

mungkin ada yg da start exam, 
kat sini miza nak wish kat semua kawan kawan mizaaaa ;)
Selamat menduduki peperiksaaan.

Good luck, buat betul betul tauuu.

3 Perkara Penting! 
1. Usaha
2. Doa 
3. Tawakkal 
InsyaALLAH kite dapat keputusan yg terbaik.
sama samalah kite berusaha ye,

fizik fizik
bajet cam amek Fizik kan ? >.< hahaha
tak berkait bait langsung ngan fizik. yg sama cuma IT ngan Fizik, dua dua kena ingat formula. 

*gambar waktu matrik ni* 
*nampak sangat rindu KMS* 
huwaaaa~ T.T 

apa2 pun, konklusinya, 
bittaufiq wannajah kawan kawan semua, 
semoga mendapat keputusan yang memberangsangkan. 
insyaALLAH.

ini je kot, post terakhir utk 2012. 
kite jumpa lagi pada tahun 2013, insyaALLAH =D
 sayang anda semua =)

 Till then, Assalamualaikum :)